Monday, April 07, 2014

Mak Alang Ikan Bakar @ Jalan Bellamy , Istana Negara , Kuala Lumpur ,

Semalam, makan tengah hari yang di taja oleh my Long and Kak Long. Terima kasih yer korang . Mula-mula ingat nak lunch kat Restoran Bandariya Ayam Kampung ,Jalan Tun H.S Lee sekali tutup pulak operasinya Ahad tu. Meneruskan misi pencarian makan tengah hari di Jalan Bellamy yang terkenal dengan Medan Ikan Bakar.Gerai yang biasa akak saya pergi tutup pulak iaitu Kedai Kak Jat, Ikan Bakar Gerai No 3. So kami cuba Mak Lang Ikan Bakar.



Lupa pulak nak snap masa makanan baru sampai. Lapar sangat sebab pukul 2 lebih tak lunch lagi. hihihi
Kakak saya kata dah tak banyak pilihan ikan sebab dah lewat. Menu tengah hari nasi putih, ikan siakap bakar, ikan pari bakar dan sotong bakar serta ulam-ulaman. Memang sedap ! Kerang bakar kat situ  teringin nak cuba tapi dah banyak pulak lauknya. 

Ikan Siakap Bakar antara menu  yang kami order.


Dah kenyang . Makan siap bertambah - tambah . Untuk menikmati nasi dengan ikan bakar secara maksimum, datang dengan perut lapar.. hehehe . 


 Harus bergambar setelah perut pun kenyang :) 




Gerai Mak Alang ,Ikan Bakar & Nasi Campur
Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, KL
GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686


Korang pernah cuba makan ikan bakar di Jalan Bellamy ni ? Gerai mana yang korang cuba ? Review sket :)
#elissmie #jjcm #jjcmkl

p/s: 


Eyriqazz pun pernah makan di sini di Kedai Kak Jat, Gerai No 3. Boleh baca reviewnya disini http://www.eyriqazz.com/2013/11/ikan-bakar-jalan-bellamy-istana-negara.html



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)