Tuesday, April 01, 2014

Astro Byond - Siaran Tidak Keluar Disebabkan Hujan tapi Tak Hujan pun

Ni pertama kali sejak saya pakai Astro Byond ada masalah siaran tak keluar. Ayat yang keluar kat TV cakap mungkin disebabkan hujan tapi tak hujan pun.Pada dekoder tu jam pun tak keluar terus. Ada garis jer keluar. Kalau masalah berterusan katanya kena call customer service Astro. 1300823838


Rupanya kalau call customer service(CS)  Astro, pilih 3 untuk bantuan teknikal, kita kena duk depan TV. CS akan ajar cara-cara untuk baiki masalah kita secara dalam talian. Tapi masalah saya tak settle juga. Mungkin disebabkan kabel katanya. Dia forwardkan aduan saya , dan dalam masa 48 jam katanya aduan saya akan diambil tindakan. Esoknya, tak sampai 48 jam , technician Astro nak datang rumah tapi sebelum pukul 5. Hangen jugak sebab balik kerja dah sah-sah sampai kul 6 kat rumah. So, jumaat , kiranya esoknya pulak saya suh dia datang waktu lunch hour. 



Ni lah technician Astro yang sampai. Dia check apa ntah kat TV kemudian pergi panjat kat dekoder tu. Katanya kabel LNBS yang rosak. Pastikan technician Astro yang datang tu pakai baju biru kata CS Astro tu. 



Dia tukar kabel tu dan siaran pun terus ok. 



Masa saya snap pic technician Astro ni dia cakap kenapa nak kena amik gambar dia. Dia tanya saya tak percaya dia ker . Saya cakap saya blogger. Kalau servis OK, saya bagitau OK. Dan servis yang diberikan pun memang OK dan pantas.

Tiada caj dikenakan seperti yang CS Astro bagitau saya masa saya call sebelum ni. 


Korang pernah ada pengalaman dengan technician ASTRO dan masalah dengan ASTRO BYOND? 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)