Monday, March 31, 2014

Homestay Singgahsana @ Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu

Hari tu balik ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya dan pasangannya, kitorang bermalam di Homestay Singgahsana. Maklumlah bawa anak-anak puteri lilin saya ni, haruslah mencari homestay yang dilengkapi kemudahan aircond.


Homestay yang saya sewa ni berhampiran rumah makcik saya. Rumah teres setingkat corner lot yang terletak di Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu. Ada dua pilihan samada untuk sewa satu rumah atau satu bilik. Kami sewa bilik dengan kadar sewa RM60 semalam untuk bilik katil queen. Saya sewa dua buah bilik RM60 dan satu lagi bilik dengan 2 katil queen dan 1 katil single. Yang tu RM110 sebilik.

 Ni bilik yang saya sewa untuk kami 4 beranak. 

Yang ni bilik abang saya. Ni katil sebelum kena ligan :p

Cadangan saya buat pemilik homestay agar TV ni tidak lagi digunakan sebab dah banyak kes TV terhempap bayi kan. Hari tu pun my Nayla duk tarik-tarik TV tu, risau betul. Terpaksa tak tengok tv. 

Bilik air yang bersih tapi tak der heater. Nasib baik tak biasa mandi guna heater. 

 Dan yang terpenting sekali, haruslah kemudahan aircond. 

Inilah homestay nya. Yang belah kanan bilik, yang kiri rumah. 

Overall, kami berpuashati menginap disini dengan kemudahan yang selesa dan yang penting anak-anak tidur pun tidak meragam. 

Alamat Homestay : 
 PT 2013 Taman Bukit Bayas Indah, Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu.

LOKASI : 5 km ke pusat bandar Kuala Terengganu / Pantai Batu Burok,
3 km ke Mydin Mall / Giant,
7 km ke TTC ( Taman Tamadun Islam),
5 km ke tempat Keropok Losong,
7 km ke UiTM K. Terengganu,
3 km ke Kuala Ibai Golf,
4 km ke Masjid Terapung,
berdekatan dengan 7e kedai makan.

MENYEDIAKAN PENGINAPAN RUMAH DAN BILIK
KEMUDAHAN PENGINAPAN RUMAH :

* 3 bilik tidur dan 2 bilik air :  2 bilik dilengkapi 1 katil queen dan 1 bilik dilengkapi 2 katil single
* setiap bilik ada aircond, kipas dan almari pakaian
* TV dan sofa di ruang tamu
* lain-lain kemudahan:  toto, bantal tambahan, tikar sembahyang, penyidai pakaian & sterika
* kemudahan di ruang dapur : peti ais, kettle, periuk nasi elektrik dan pinggan mangkuk.

HARGA : 
1 malam - RM200
2 malam - RM190 semalam
3 malam - RM180 semalam
4 malam ke atas HARGA BOLEH DIRUNDING
KEMUDAHAN PENGINAPAN  BILIK :
* bilik standard No.1 & 2 - 1 katil queen.
* bilik besar (No.3) - 2 katil queen,
* setiap bilik disediakan bilik air, aircond, kipas, TV warna, penyakut pakaian, kerusi rehat, meja kecil, eletrik kettle serta tuala mandi.
*  juga.... toto, tikar sembahyang dan bantal tambahan
Kemudahan di ruang rehat - peti sejuk, periuk nasi, sterika dan pinggan mangkuk.
HARGA :
 bilik standard (no.1 & 2) - 1 malam:  RM60
                             
 bilik besar (no.3) - 1 malam RM110
                 
 HARGA untuk 3 malam keatas boleh dirunding.

PARKING KERETA DISEDIAKAN
CHECK IN : 2.00 PETANG, CHECK OUT : 12.00 TENGAH HARI
SEKIRANYA INGIN MEMBANTALKAN TEMPAHAN SILA BERITAHU TERLEBIH AWAL 
UNTUK TEMPAHAN :
HUBUNGI : 012-9219189 ( NORDIN)
                   : 09-6227080 (KAK NIK)

Sebelum balik haruslah posing dulu :)

 Keluarga besar saya...
Tapi tak cukup korum...

 My happy family :)

My princess and me :) 

#my princess #siblings 

Akhir sekali, tahniah buat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. Lepas dah settle majlis nanti, jemput datang ke rumah pulak yer. Hari tu bakal pengantin demam masa datang hantar kad jemputan, tak selera makan.

Ain & Wa'ie 


gambar cilok kat FB .Credit to photographer of the day. Mahzan Mohd Wedding Photographer.


 Dan satu lagi selamat pengantin baru juga buat sepupu my hubby yang bersanding pada hari yang sama.



Semoga berbahagia selalu. 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)