Monday, February 17, 2014

Baiki Skrin Tablet Pecah @ Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Hari tu ada reader tanya saya, boleh percaya ke beli handphone kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam tu ?Sebab katanya ada yang cakap barang kat situ ada yang tak ori. Tak pernah dengar pulak.Yang saya tahu kalau nak beli dia mesti tanya nak yang ori atau AP.[boleh baca kat sini untuk penjelasan selanjutnya https://www.facebook.com/notes/zon-gajet/perbezaan-antara-handphone-ori-set-ap-set-underwater-set/339283232867319 ] Setakat saya berada di Shah Alam ni, dah beberapa buah handphone dah saya beli kat situ. Alhamdulillah tak pernah ada masalah. Nokia sebelum ni pun masih ok lagi nak guna even dah beberapa kali kena baling dengan my Nayla. Galaxy Mega tu pun Alhamdulillah OK. Tak ada masalah.

Ok.Berbalik pada tajuk asal. Hari tu dah pergi baiki charget tablet my Nuha tapi skrin yang pecah tu tak ganti lagi . So dalam 2 minggu lepas, pergi baiki skrin tablet yang pecah tu kat Plaza Alam Sentral jugak. Asalnya my hubby yang terjatuhkan tablet tu kena kaki tempat gosok, sket jer retaknya. Lepas tu sekali tu my Nuha sendiri terhempas pulak jadi makin parah.  Ingat nak baiki tempat yang sama baiki charger tu tapi diorang masih lagi dalam mood CNY so tak buka kedai.

 Banyak tempat baiki handphone dalam Plaza Alam Sentral  tu saya terjah semua suruh saya pergi balik kat mana saya beli tablet tu. Masalahnya beli tu kat Plaza Low Yatt. Tak kuasa lah. Akhirnya, terjumpa la satu kedai orang Melayu kita. Dia suruh tunggu sekejap sebab tengah repair handphone pelanggan sebelum tu. Then dia check sparepart dia cakap ada. Alhamdulillah, rezeki kami hari tu. Tapi terpaksa tunggu turn jugak sebab banyak pelanggan. Dalam sejam, baru siap my Nuha punya tablet. Suka sangat lah dia. Total Burst : RM120 masih dalam budget. 

Korang pernah baiki skrin tablet rosak ? 


Inilah kedainya MF IT & Communication @ Level 3, Plaza Alam Sentral. Kedai di berdekatan dengan lif .Lorong belakang sekali. 

 Melayan anak-anak sambil menunggu tablet my Nuha siap dibaiki

 Kakak bermuka bosan . Sorang terlebih garam. 
Habit terbaru. Suka buat aksi #upsidedown
Alhamdulillah dah boleh menapak 5-6 langkah !

 Muka mak pun bosan..hahaha



Pasal isu ni, In sya Allah penggunaan gadget untuk my Nuha memang terbatas sebab saya tak ajar dia on wifi yang memang ada kat rumah tu. So kandungan dalam tablet dia tu memang saya yang masukkan. Dan memang dia reti bersosial even dengan adanya gadget ni. Tak salah saya rasa ada gadget untuk anak-anak.Boleh letak games pendidikan macam ABC Learning. Terpulang bagaimana cara ibu bapa sendiri dalam mendidik anak-anak. Anak-anak cerminan diri kan. #pencetusummahsangat 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)