Korang ada powerbank tak ? Bagi saya kalau jenis yang tak banyak online guna smartphones dan senang nak dapatkan sumber untuk caj bateri on the go tak perlu rasanya ada powerbank. Tapi bagi yang selalu online guna smartphones dan selalu keluar jalan-jalan, powerbank memang rasa perlu sangat. Nak-nak kalau balik kampung ke Terengganu tu . Bila tablet my Nuha habis bateri memang dia tension lah sebab bosan dalam kereta kan. Kalau saya kesian , smartphones saya lak jadi mangsa. Bagus jugak kalau ada powerbank bagi yang selalu travel jauh-jauh ni.
Tapi berbaloikah beli powerbank ? Berbaloi jika boleh caj 3-4 kali dan harga pulak murah kan. Tapi skang memang banyak orang jual powerbank online. Tapi risau jugak ada banyak kes tipu jual yang fake kan. Hari tu hubby saya beli powerbank untuk saya di Plaza Alam Sentral jenama Yoobao.Korang boleh semak powerbank korang beli tu original ke fake kat sini http://www.yoobao.com/en/Services.asp?lgy_id=193
Terima kasih sayang. Isteri suh beli kabel charger dibelinya power bank. Terima dengan tangan terbuka.Siap sorok tu tak menahan. Surprise mak sampai tak terkata.
Ni saya punya. Kotak dah simpan. Saya just keluarkan kabel untuk charge smartphones saya jer..
My hubby beli Power Bank yang ini iaitu 11200mAh. RM140. Katanya RM160 harga asal.
Saya punya Samsung Mega kapasiti bateri dia 3200mAh. Boleh la caj 3 kali guna power bank ni.
Mungkin kalau banyak kali caj lagi berbaloi tapi kena kira budget jugak kan.hehehe
Sumber : http://www.yoobao.com/en/product.asp?b_id=143&m_id=217&a_id=295
Sumber : http://www.yoobao.com/en/product.asp?b_id=143&m_id=217&a_id=295
Ada 2 slot untuk charge sekali harung. Tak berebut dengan anak.
Ada beza slot kiri dan kanan. Tengok manual yang belah kanan untuk smartphones seperti HTC, Samsung , Blackberry, dll lah.
Yang belah kiri untuk ipad, iphone, android tablet dan sebagainya.
Banyak kabel yang dia bagi tapi handphone sejenis ja, so satu ajer guna.
Korang dah ada power bank ? Jenama apa ? Berbaloi kah ?