Selagi sistem untuk negara ni tak siap, selagi ni lah hati tak tenteram. Nak mengadap blog pun tak kuasa mak. Hari ni gagah jugak update sebab saya sayang sponsor saya yang merelip-relip kat sidebar tu. hahaha. Dah tengah hari apa kata kita up pasal jalan jalan cari makan @ elissmie kan. Bukan jauh sangat pun. Kat KL sana ajer.Ni adalah sambutan ulangtahun untuk my Long (26.1 ) dan hubby terchenta ( 2.1) .
Kali ni nak cuba nasi padang. Authentic Nasi Padang katanya kan. Sari Ratu Restaurant. Masa sampai tu tak ramai orang sebab hari cuti kan. Saya pergi hari sabtu lepas. Kalau hari biasa memang penuh kawasan ni dan susah nak parking Long saya cakap. Kami boleh parking betul-betul depan kedai gitu kan.
Saya memang dah pernah makan nasi padang ni sebab kat area ofiz hubby ada banyak kedai minang. Selalu la dia tapau lauk dari kedai minang. Sari Ratu ni saya memang selalu tengok kat Subang Parade tapi tak pernah pun masuk. Jom layan gambar .
Yang Diraikan...My beloved hubby
My beloved Long
Posing-posing sebelum makan :)
Nasi putih RM 1.80 sepinggan ( tambah RM1.50 )
Gulai Kikil RM 20 Urat lembu ni )
Dendeng Batakok RM 14
Ikan Nila Goreng (ikan talapia ) RM20
Sambal Hijau RM3.50
Sayur RM 4.00
Air Teh Ais/Nescafe Ais RM4
Air Teh O Ais RM 3.50
Air Mineral RM2
Ice Teler RM8
Total Burst : RM 111.50 termasuk service charge 5% dan gov tax 6%
Ni hah ikan talapia dia. Digoreng rangup. Penyedap dia sambal kicap kat tepi tu.
Ni lah rupa Ice teler tu. macam abc tapi yang ni siap ada kelapa,nangka, avokado dan sago.
Dah kenyang !! :)
Pandangan saya biasa-biasa sahaja rasanya seperti kedai-kedai minang biasa. Cuma tempat ni nampak eksklusif. Artis dan selebriti selalu datang Long saya cakap. Masa saya tengah makan Boy Iman masuk. Tapi buat tak tahu ajer..hehehe. Sekali sekala boleh lah menjamu disini sebab bagi saya agak mahal.
Ni tempat ambil lauk. Kena pergi pilih sendiri nak lauk apa.
Ni ruang makan bahagian dalam ( Berhawa dingin ) Kat luar restoren pun ada jugak tempat makan .
Korang pernah ke cuba makan nasi padang ni ?
Sari Ratu Restaurant
No 26-28, Jalan 4/76C,Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9285 8811