Monday, January 27, 2014

Suntikan Imunisasi 1 Tahun dan Kos Imunisasi 1 Tahun @ Klinik Ajwa, Seksyen 7

Fuh..fuh..Tiup sawang belog. Seminggu tak sempat jenguk belog. Hari ni nekad jugak nak update sket even banyak lagi kerja tak siap ni. Citer pasal suntikan imunisasi my Nayla untuk 1 tahun.Sebelum cucuk doktor tanya samada anak kita ada alahan apa-apa dan menerangkan suntikan ini untuk apa. Suntikan MMR ni untuk menghalang penyakit Measels (Campak), Mumps (Beguk)  dan Rubella.Macam biasa, kali ni pun pergi Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam untuk ambil suntikan. Nasib baik hari tu tak ramai orang.

Mula- mula ok lagi ceria . Tak tahu nak kena cucuk katakan.Terima kasih Ibu Ana bagi baju ni.

Masa timbang pun ok lagi. 

Berat terkini. 7.85 KG. Doktor kata kalau ikut berat badan dia kurang tapi since dia makan ok , kira tak aper lah.

Chewah..Santai nampak dik duk atas bed. 

 Masa ni control lagi.
 Lepas tu baru bermula drama


 Kos yang dikenakan. Tapi tak perlu bayar sebab ini klinik panel UiTM.

Lepas dah cucuk ok jer . Air mata pun tak der. Jerit jer lebih tadi.

Balik rumah sambung main macam biasa. Alhamdulillah tak demam. Progress terkini dah boleh melangkah satu langkah dan berdiri sendiri tanpa bantuan. Cepat sket jalan yer dik ! Ummi belikan kasut baru yer ! Gigi pun dah tumbuh lagi 2 batang jadi 4 batang.

Korang vaksinkan anak ?  Terpulang kepada hak individu.Anak amanah Allah, pandai-pandai lah korang menilai baik dan buruk dan terbaik untuk anak-anak korang yer.Tapi pandangan saya , saya vaksinkan anak-anak saya.

Bawah ni pandangan doktor-doktor untuk rujukan :-
Walaupun dalam negara kita kebanyakan anak-anak kita telah disuntik vaksin ( 95% ) dikatakan bahawa hampir mustahil anak-anak kita dijangkiti virus ini, tetapi penyebaran semula penyakit-penyakit ini di Malaysia telah mula berlaku akibat kebanjiran pendatang asing yang membawa penyakit-penyakit tanpa disedari oleh sesiapa. Mereka ini boleh sahaja menjangkitkan anak kita yang tidak dilindungi oleh vaksin - Selamatkah vaksin untuk bayi kita ? - Dr Zubaidi
I strongly feel that we need to have these issues tackled at national level and it is the responsibility of the Ministry of Health to allay parental concerns regarding vaccination. The community needs to be educated and myths and misconceptions regarding vaccination should not be allowed to spread, or we would to have to suffer the consequences in the future http://barelysupermommy.com/2013/07/11/vaccinations/
Tahukah anda, sebelum vaksin MMR diperkenalkan, terdapat lebih 2 juta kematian setiap tahun kerana demam campak? http://doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)