Jumaat lepas, ikut Ad pergi PKNS untuk jahit tanda nama yang jenis sulam pada baju sekolah anaknya, Atia. Akhirnya jumpa satu kedai di Tingkat 1 , PKNS Shah Alam.
Ni hah kedainya. Faridah Maju Enterprise. Lot 01-171 PKNS, Shah Alam.
Untuk satu keping tanda nama berharga RM2.50. Kalau 4 keping RM10 jugak tadak diskaun.Tapi bukan siap terus. Ad tempah hari jumaat esok baru dapat.Pelbagai warna yang ada untuk dipilih untuk buat tanda nama. Pastikan warna yang betul dengan pihak sekolah. Sebab ada sorang akak tu kata, sekolah anak dia cikgu suruh buat balik tanda nama yang baru sebab tersalah warna.
Sebenarnya my Nuha pun ada beli tanda nama sulam dari tadikanya tahun lepas. Tapi asyik tak sempat nak jahit sampailah habis tahun. RM10 jugak 4 keping yang dikenakan tapi tak tahulah cikgu pergi buat kat mana.
Tahun ni baru lah upah jahit untuk baju my Nuha. Saya jahit di kedai jahit yang terletak berhadapan dengan UNISEL, Seksyen 7 iaitu dalam bangunan food court Seksyen 7 tu. Kedai dia betul-betul berhadapan dengan ATM Bank Islam dalam tu. Pandai-pandai lah korang cari yer. Untuk satu tanda nama dikenakan upah RM1. Mesin jahit ada tapi tak der keberanian nak jahit takut patah jarum. Alasan..hahaha
Korang pulak ada yang pernah tempah tanda nama sulam pada baju sekolah anak-anak ? Berapa harganya?
Untuk yang ingin menempah tag nama secara online boleh ke blog ini : http://servissulam.blogspot.my/2016/04/eyang-sediakan-perkhidmatan-jahit-tanda.html