Weekend hari tu, pergi baiki Android tablet my Nuha yang rosak. Charger slot dia jer yang patah. Bila tanya kos baiki charger slot tablet tu, tuan kedai tu cakap RM30 . So kami setuju baiki dan dalam masa setengah jam dia cakap siap. Tapi lebih setengah jam jugak lah sebab dia cakap tak jumpa sparepart sebab jenis yang charger bulat untuk tablet tu dah susah nak dapat. Maklumlah tablet sekarang charger semua jenis yang slot macam samsung kan. Lepas dah siap, tuan kedai tu try masukkan charger tapi tablet my Nuha asyik restart pulak. So dia assume tablet my Nuha tu dah rosak. Bila tanya berapa dia cakap cincai boncai. Last-last dia kata bagi upah servis RM10 sahaja.
Balik rumah my hubby try masukkan charger dan tunggu lama sket dan on tablet tu.Rupanya ok lagi. Save duit my hubby , kalau tidak kena belikan tablet baru untuk my Nuha. Sebenarnya, my hubby sebelum charger slot tu rosak dia dah jatuhkan tablet tu sampai retak skrin nya tapi boleh lagi buat main. Malam tadi, my Nuha pulak terhempas ke lantai. Makin parah pulak retaknya. Bulan depan nampak gayanya kena pergi tukar skrin laptop tu pulak. Ada siapa tahu kos untuk baiki skrin tablet tu ? Kalau try google kos dalam RM100 lebih keatas dan paling mahal RM200. Hurm...
Ni kedai yang kitorang baiki tablet tu. Ban Loong Telecomunication Service & Repair @ level 3 , Plaza Alam Sentral. Kedai dia berhampiran eskalator untuk turun ke tingkat bawah.
My Nuha ingat nak pergi beli tablet baru :p
Korang pernah baiki charger slot tablet yang rosak ?
Ummi bila nak beli yang ini tanya my Nuha ? Sambil duduk-duduk tu tengok jugak tablet kat situ. Yang Ni Samsung Galaxy Tab 3 Kids. Sebenarnya casing dia jer for kid, yang isi badan dia tu Samsung Galaxy Tab 3 yang biasa tu lah. Tengok kat Lazada dalam RM690 - RM720.
Bila nak balik, keluar dari Plaza Alam Sentral dapat surat saman parking . Alahai, tragedi sama berulang kembali ni . Tak serik-serik betul. Melayang RM100 macam ni saja . Akhir tahun, tengah-tengah malam pun dapat saman parking. Sabar jer lah yer padahal tidak menggangu lalulintas pun. Yerlah, nak bagi bonus untuk kakitangan awam nanti kan malam-malam pun saman orang :p