Ini kegilaan terbaru yang mak-mak sangat saya rasa. Betullah orang kata, kalau dah start beli tupperware kegilaan mengumpul itu akan datang dan terus menghantui kita. hahaha. Dari arwah nenek lagi pakai tupperware kan, lepas tu my ma saya pun pakai tupperware. Ni dah berjangkit kat saya bila dah beli sendiri. Selalu rembat my ma punya .Kat bawah ni saya nak tunjuk tupperware yang saya beli untuk kegunaan sendiri. Ni katalog 1 Oktober - 9 November 2013. Katalog terbaru dah ada (11 November - 31 Disember 2013) . Boleh tengok kat sini laju-laju
Mula-mula sekali saya beli yang Fridge Water Bottle 2.0 L ni. Masa tu ada sales beli 4 percuma 1. So saya kongsi dengan Ad beli. Saya 3 botol dan Ad 2 botol. Lepas tu ada ofiz mate nak jugak, so saya letgo satu kat dia. Tinggal 2 ketul dalam fridge saya warna hijau ni dan pink. Yang Eco bottle spring tu dah 1 advertiser bagi :) Terima kasih Wan :)
Lepas tu saya beli yang Large Square-A-Way. Masa tu wan tengah buat sales gila-gila dan harga luar biasa memang terus saya rembat. Sebelum tu dah ada satu warna hijau dapat hadiah pledge kat Tupperware's eco by Tupperware's website
Lepas tu saya beli set yang ini. Saya dah ada seketul my Ma bagi tapi warna putih biasa dan penutup biru. Tapi dah patah penutup tu, pihak tupperware ganti warna hitam. Boleh tengok kat sini. Cantik sangat :)
Yang ni kalau beli 2 set dapat lagi jimat so, saya kongsi dengan Ad jugak.Guna diskaun ahli Kak Yatt.Terima kasih Kak Yatt .Buat kawan-kawan ofiz, boleh jugak beli dengan Kak Yatt yer.
Sekarang tengah aim set yang ini. Mungkin 1 tupperware 1 bulan bakal dilancarkan. Sayang bersedia :p Semalam dah kena sound dengan my hubby, dah beli tupperware tu guna, bukan simpan.
Ni katalog terbaru. Apsal warna dia cun sangat. Terjatuh cinta pulak dahhhh...help me....Tak der orang nak bagi hadiah hari lahir yang tertunda :p Ok next year, beli tupperware pun ok kan :p
Aim yang ni dulu gaji bulan ni . Harap-harap ofiz mate saya tu masih ada stok untuk saya sampai gaji. Sila bertabah tupperware garlic keeper :p
Ini koleksi tupperware bercampur dengan tippuware saya dirumah.Yang ni yang baru beli tu, yang lama guna. Yang baru simpan dulu. Bukan simpan, tinggi lah sayang nak amik guna...lalalalalala . Simpan ni pun pakai tangga tahu :p Sajaaaa jer kan ..
Eh, apsal saya baru perasan yang my hubby ada drop komen ni kat salah satu entry tupperware saya dulu-dulu. Agak-agak valid tak digunakan komen ini untuk tahun 2013 yang bakal berakhir jugak ni ???Lalalalalala...hahahaha
Eh, apsal saya baru perasan yang my hubby ada drop komen ni kat salah satu entry tupperware saya dulu-dulu. Agak-agak valid tak digunakan komen ini untuk tahun 2013 yang bakal berakhir jugak ni ???Lalalalalala...hahahaha