Thursday, October 31, 2013

Cabaran sebagai fridge magnet collector


 Masih ingat koleksi fridge magnet terkini saya yang lepas ? Kalau korang perasan, peti ais dua pintu saya menempatkan dibahagian atas pintu dengan jenis seramik (mudah pecah)  dan bahagian bawah dengan jenis getah.Korang rasa apakah cabaran terbesar sebagai fridge magnet collector ni ?


 Cabaran yang paling utama bagi saya adalah warga paling cilik dalam rumah kami yang dah pandai berdiri dan tertarik dengan koleksi fridge yang pelbagai warna ni. Siapa lagi kalau bukan Nur Nayla Hazeeqa yang bakal menginjak ke usia 10 bulan pada 8/11/2013 nanti.

 Hai semua reader blog Ummi :) Saya baru selamat jatuhkan 2 keping magnet Ummi.Masa ni Ummi baru perasan apa yang saya baru buat sebab sebelum tu dia tengah goreng keropok.Patut senyap Ummi cakap.

Nampak tak keropok kat atas kabinet tu. Saya nak cabut yang ketiga pulak.Ish apsal kuat sangat melekat ni.

Ok dah jatuh yang ketiga...Cuba yang ni pulak..Menarik ni...
4 sudah untuk hari ni. Yang lain kita cuba lagi lenkali. Sebab Ummi telah angkut saya pergi layan Mr Arrogant I Love You ;p

Korang pulak apakah cabaran sebagai fridge magnet collector? 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)