Tuesday, October 22, 2013

Pantai Teluk Cempedak dan koleksi fridge magnet dari pahang dan Jepun

Hari ni entry mengimbau nostalgia. Masa praktikal sem akhir diploma di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, boleh kata setiap hari jumaat kitorang lepak kat Pantai Teluk Cempedak . Dekat jer pun masa tu dari ofiz tapi sekarang ofiz tu dah pindah Bandar Indera Mahkota. Kitorang datang pantai ni lepas check in kat Hotel Seri Malaysia untuk lunch.



Ni saya 10 tahun lepas di Pantai Teluk Cempedak.Nostalgianya :)


Pantai yang tenang.Masih tidak berubah.


Lepas lunch, makan aiskrim kat situ :p


 Gambar saya amik tadi kat belakang tuh la..
Tak berani nak amik gambar kat situ sebab hutan dan my Nayla kan kecik lagi :p

 My Nuha seronok dapat main buai dengan angin pantai sepoi-sepoi bahasa tu..


 Tak sangka datang sini balik dengan anak-anak dan boyfriend yang kini dah selamat menjadi suami ..


 Ironinya, saya pakai baju kurung hari tu dan 10 tahun lepas jugak masa bergambar di sini :p

With my Nayla

 Sempat bergambar dengan jeep classic ni :)

Korang pernah sampai Pantai Teluk Cempedak ? 

p/s:
my nuha cakap macam nama makanan kan tempat ni :p

Tujuan asal kesini sebenarnya nak beli fridge magnet sebab tak banyak pilihan di Cherating sebelum tu. Jom tengok koleksi FM yang saya beli untuk koleksi peribadi.
 
Koleksi terkini setakat 22/ 10/ 2013 :)


Ni FM yang paling saya suka sebab sekali dengan bottle opener tu. FM Kuantan.


 Yang ni beli di Kuala Kemaman. Batu Bersurat Terengganu. 


Teluk Chempedak dan Pulau Tioman ni beli di Pantai Teluk Chempedak. 


 Ni pulak FM dari Jepun dari mantan boz dulu, Faidah . Terima kasih ida :)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)