Entry yang ditunggu-tunggu oleh kaum hawa. Eh, tapi ada jugak kaum adam yang minat shopping online jugak kan? Jarang kedengaran tapi diorang lebih advance kot. Bukan shopping baju tapi kalau my hubby shopping online spare part motor dia. Sabar jerlah mak. Beratus-ratus tu sekali beli kan. Tapi saya tidak lah. Seratus lebih tu rasa mahal sangat kot.
Kalau shopping di Zalora yang kedekut macam saya ni, korang boleh terus siap-siap pilih pembelian bawah seratus kat ruangan price tu (RM50-99) . So korang tak der ler terlebih budget gitu kan.Kalau korang baru first time nak shopping kat Zalora siap boleh dapat RM20 voucher percuma tu.Tapi kena la sign up yer. Dah dapat confirmation email boleh la shopping :) Free shipping lak kalu beli atas RM75 ajerr :p Kalau dak, korang tambahlah RM5 untuk kos penghantaran tuuu..Bukan semua free..
Memang mudah la shopping kat sini. Bila dah checkout tu, korang kena masukkan la segala mak nenek maklumat penghantaran dan diorang akan terus proceed dengan pembayaran.Pilih laa nak bayar guna kad kredit , COD , online banking dan paling cikai Cash Deposit / ATM transfer pun boleh. Lepas tu mudah-mudah jer dapat RM25 less utk pembelian kedua valid sampai 3 bulan.Yahooo :p
Jom sessi tayang menayang hasil shoppingku yang pertama. Saya tidak la beli mahal pun, cuma beli skirt yang dah lama berkenan tu kan. Tapi asyik la tak terbeli-beli. So bila dapat voucher percuma ni haruslah dimanfaat. Terima kasih Zalora. Lagi satu memang cepat dan tuntas gitu, hari ni beli, esok alih-alih dah sampai. Dah la hantar kat ofiz my hubby, sekali dia texting tanya ada beli barang ker? Duk memikir barang apa, sekali dia texting balik cakap skirt..hahahaha
Inilah skirtnya...Kaum hawa kan kepochi...Mesti nak tengok dengan jelas kan...
Paisley Rayon Jersey Maxi Skirt
Paisley Rayon Jersey Maxi Skirt
Ni hah model skirt :p My Nuha
Sangkut kat buaian my Nayla pun boleh . Pencahayaan ok sket.
My Nayla yang lebih seronok dan berkenan dengan plastik pos laju tu..hehehe
Rasanya inilah pertama kali shopping saya dapat kertas pos laju untuk pemulangan kalau tersalah beli terbesar ker terkecil kan . Hebat betul. Yang pasti kos pemulangan percuma.
Korang pernah shopping di Zalora ?
p/s:
Skirt untuk hari raya aidil adha kekdahnya..hehehehe