Setiap kali saya nak pergi bercuti ,
mesti ambil masa yang agak lama untuk packing. Korang ada tak masalah
yang sama ? Macam-macam barang kalau boleh kita nak angkut untuk pergi
bercuti yang kadang- kadang rasanya tak perlu pun. Kat bawah ni saya
listkan 5 barang yang wajib ada untuk pergi bercuti sebagai panduan
untuk korang yang nak pergi bercuti.
1) Kasut yang selesa
Seelok-eloknya
pakai lah kasut yang selesa. Kalau boleh semua aktiviti boleh buat
dengan sepasang kasut yang selesa yang kita bawa tu. Kalau boleh elakkan
kasut bertumit tinggi , mana tahu tetiba kena kejar kapal terbang nak
berlepas pulak kan. Tapi kalau dah biasa pakai kasut tumit tinggi dan selalu kejar punch card rasanya tak ada masalah, janji selesa. Terpulang kepada masing-masing. Eh, macam jauh jer nak bercuti tu kan ?
2) Barang-barang penjagaan diri
Yang
ni kalau pergi bercuti kat hotel, memang ada jugak disediakan tapi
rasanya lagi best kalau dapat pakai yang sendiri punya. So boleh la bawa
barangan penjagaan diri yang jenis pek-pek kecil atau travel kit biasanya pek-pek
percubaan atau yang kita selalu dapat percuma tu. Lagi satu boleh jimatkan ruang beg kan.
3) Pakaian yang selesa
Baju
ni pun satu masalah jugak bagi perempuan ni. Kalau boleh satu almari
nak angkut tapi korang lebih kenal diri korang kan. Kalau saya, senang
ajer. Seluar mungkin dalam 2 helai sahaja dengan pilihan warna selamat
seperti hitam atau biru yang matching dengan semua jenis baju. Baju
pulak seeloknya jenis kapas biar tak panas . Kalau boleh sekali
harung gitu tudung, contohnya dua baju dengan warna pink, so jimat lah
sehelai tudung tu kan? Jimat space beg korang jugak.
4) Charger kamera dan handphone
Yang
ni pun kalau nak pergi bercuti memang kena selalu ingat lah. Kang tak
pasal-pasal bateri kong , tak boleh amik gambar atau update status kat
facebook atau update blog. Blogger tegar sangat katakan. Yang ni pun
antara barang yang mesti ada jugak bagi saya kalau pergi bercuti
mana-mana.
5) First Aid Kit
Sebagai
isteri kepada suami yang bekerja dalam bidang kesihatan dan keselamatan
pekerjaan ni , yang ni pun salah satu perkara basic yang penting jugak
kalau nak pergi bercuti kemana-mana. Maklumlah, seorang ibu kepada 2
orang anak yang sedang membesar ni. Perkara yang perlu ada haruslah
minyak gamat, paracetamol syrup dan handyplast.
Untuk memudahkan korang menguruskan barangan untuk bercuti ni, korang boleh beli Bailey Travel Kit Gin & Jacqie di Zalora Malaysia
ni. Barang-barang yang korang bawa untuk pergi bercuti tu lebih terurus
sebab setiap porch ni ada disediakan gambar . So bila korang nak
gunakan tak der lah tertukar sebab dah ada gambar pada porch tu kan.
Menarik kan idea ni travel kit ni ?
Apa pendapat korang?
So, bercuti bukan mimpi ngeri buat korang lagi kan ?
Jom rancang percutian anda. Dah booking ke tiket air asia 1 juta tempat duduk percuma tu ?