Thursday, September 12, 2013

Urusan pertukaran nama pada bil utiliti, leceh tak ?

Alhamdulillah. Semalam bercuti sebab nak uruskan pertukaran nama pada bil-bil utiliti rumah saya. Semuanya telah berjalan dengan lancar. Harap-harap tiada lagi bil yang tertinggal.Hampir 2 tahun saya tinggal kat rumah sendiri baru ada kesempatan nak tukar nama. Semalam saya dan hubby bercuti. Anak-anak tinggal di taska dan rumah pengasuh seperti biasa. Konon lepas settle tukar nama nak pergi tengok wayang tapi tak sempat . Mungkin lain kali yer sayang agenda tu. hahaha



Tapi seronok sebab dapat breakfast dan lunch dengan hubby. Bukan senang nak ada masa berdua-duan ni bila dah berempat ni kan ? :)


Pagi breakfast di warung KL. Nasi goreng cili padi dan bihun goreng. Semua pedas tapi sedap :)


 Mula-mula tukar nama pada bil Syabas. 
Dokumen yang diperlukan : 
1) wang cagaran air RM100
2) kad pengenalan penama bil 
3) S & P Agreement ( Perjanjian Jual Beli) -** kes kami bekalan air tidak kena potong .
 Borang boleh dowload siap-siap kat sini dan isi tapi kat kaunter pun ada.


 Tukar nama pada bil elekrik di TNB Klang. 
Dokumen yang diperlukan : 
1) wang deposit  RM240 ( jenis rumah teres setingkat)
2) kad pengenalan penama bil 
3) S & P Agreement ( Perjanjian Jual Beli) 
4) Setem hasil RM10  ( 2 keping)
Borang minta kat kaunter pertanyaan dan ambil no giliran ruangan perkhidmatan (2) .


 
 Sempat lalu kot Heritage Walk yang terletak di Majlis Perbandaran Klang.


 Tukar nama pada bil Cukai Taksiran di Majlis Perbandaran Klang
Dokumen yang diperlukan : 
1) kad pengenalan penama bil 
2) S & P Agreement ( Perjanjian Jual Beli) 
3)Bil Cukai Taksiran 
Terus amik nombor. Borang diisi di kaunter.


 Tukar nama pada bil Indah Water Konsortium
Dokumen yang diperlukan : 

1) S & P Agreement ( Perjanjian Jual Beli) 
2)Bil Indah Water Konsortium
Terus amik nombor. Borang isi dikaunter.



 Tukar alamat pada bil Hasil Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Bangunan SAAS, Tingkat Terbawah
Dokumen yang diperlukan : 

1) Salinan fotostat bil Hasil Tanah
Terus amik nombor. ( Kaunter 7 ) Borang isi dikaunter.Borang juga boleh download siap-siap kat sini.


Overall, pandangan peribadi proses pertukaran nama pada bil tidak la leceh cuma nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat tu leceh. Harap-harap nanti semua pejabat untuk bil-bil utiliti ni di tempatkan dibangunan yang sama dan boleh beroperasi selepas waktu pejabat .

 Macam mana pandangan korang ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)