Monday, September 02, 2013

Gula-gula udang sudah berubah packaging , nostalgia zaman kanak-kanak

Minggu ni dimulakan dengan edisi nostalgianya @ elissmie. Siapa pernah makan gula - gula udang ? Meh angkat keyboard tinggi- tinggi. Orang terengganu sebut coklat udang. My Nuha selalu betulkan saya, Ummi ni bukan coklat ni gula-gula. Udang tu brand pada gula-gula tu. Gula-gula ni manis dan ada gula perang kot dalamnya. Hari tu masa on the way balik ke Klang, singgah dulu di port biasa kami iaitu area Kuala Kemaman. Misinya mestilah untuk restock keropok keping.



 

Banyak kedai yang ada tapi kedai ni memang menjadi pilihan hati kami dari dulu lagi .Tak ada share ok .   Kedai Ali Bin Jusoh . Tel 09 -8686562


Hari tu ternampak gula-gula udang ni. Sudah berubah packaging rupanya. Yang ni tiada lagi napisan yang nipis kat dalam yang boleh dimakan tu tapi rasa gula-gula masih sama. 



packaging lama. Credit to sumber

** Eh, tadi yang angkat keyboard tu, turunkan..hahaha

Disini ada jual keropok lekor dan keropok goreng. Dulu-dulu pernah beli untuk kawan-kawan kat ofiz lepas tu malas dah . hahaha. Keropok lekor dia boleh tahan lah.


Dan kat sini pun ada jual satar jugak tapi sayang sebab hari tu makan 2 ketul ja tak silap lepas tu hubby saya pi panaskan dengan microvawe tapi tersilap setting terus jadi batu satar tu..hahaha. sabar jer la. Balik raya haji ni pulak baru dapat makan satar pulak. Maksud saya satar yang best :p

Gula-gula apa lagi yang mengimbau nostalgia kanak-kanak korang ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)