Wednesday, June 26, 2013

Kos rawatan pergigian 2013 dan berus gigi PERCUMA

Tahun ni dah 3 kali saya membuat rawatan pergigian. Saya biasanya dapatkan rawatan di klinik pergigian ofiz saya ni ajer. Tapi kena charge jugak, bukannya percuma tapi tidak lah semahal klinik pergigian swasta kat luar. Kali pertama buat masa masih dalam cuti berpantang hari tu. Tak silap bulan 3.


Rawatan pertama adalah scaling dan doktor cakap saya perlu buat tampalan pada 3 batang gigi ( perlu 2 temujanji tak boleh sekali harung ) . Kali terakhir mendapatkan rawatan bulan 5 tahun lepas. Makan banyak gula-gula ke apa ni .  Rawatan pertama yang dikenakan RM10 untuk scaling dan pemeriksaan gigi.

Tarikh temujanji untuk 3 tampalan gigi pada  4/5/ 2013 dan  5/6/ 2013

 Rawatan kali kedua yang dikenakan RM30 untuk tampalan 2 batang gigi

Rawatan kali ketiga RM10 untuk tampalan 1 batang gigi
Jumlah untuk tahun ni kiranya RM50 sahaja :)


Dah tak gerun nak hadap doktor gigi bila dah tua-tua ni  .
Doktor menyarankan pada saya guna berus gigi yang medium atau lembut sebab kena gosok sekali dengan gusi bukan gigi ajer untuk menjadikan gusi sihat dan dapat mengikat gigi lebih kuat. Gitulah dia cakap pada saya bahasanya ;p Lupa dah. Kalau salah mohon perbetulkan yer . 


Jom tayang gigi :p  hehehe


Ni pulak berus gigi percuma yang diterima jenis compact Systema 0.02mm. Aduhai kecik ajer kepala berus giginya dan lembut ajer berusnya. First time cuba jenis macam ni.
Nak request sample percuma klik kat sini yer sebelum 15 Julai 2013 :) 


Pelbagai jenis berus gigi yang sesuai untuk korang pilih :)


Korang dah dapatkan rawatan pergigian untuk tahun ni ? 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2025 Disclaimer Comments (RSS)