Sunday, June 23, 2013

Macam mana nak dapatkan Pembiayaan Perumahan Islamik Terbaik di Malaysia ?

Korang dah ada rumah idaman hati? Tapi masih tercari-cari yang mana satu pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda? Sekarang ni semua orang pasti tercari-cari pembiayaan perumahan yang islamik untuk rumah mereka kan berbanding dengan pinjaman konvensional.

Pembiayaan perumahan Islamik mematuhi prinsip Shariah yang melarangkan pembayaran atau penerimaan faedah atau yuran (juga dikenali sebagai “riba”). Selain itu, produk pembiayaan juga berfungsi sebagai perkongsian keuntungan antara peminjam dan pemberi pinjaman. 



Ini contoh rumah di Bandar Tasik Kesuma Semenyih untuk dijual berharga RM680,000
pic credit to : gohartanah.com 


Pernah dengar tak pasal iMoney ? Memang rugi saya baru terjumpa laman web ni yang mana mampu membandingkan pembiayaan perumahan islamik bank-bank yang ada di Malaysia. Saya sendiri pernah pergi dua tiga bank untuk dapatkan informasi berkaitan dengan pinjaman  perumahan tapi tak larat lah nak masuk setiap bank kan. Tapi dengan maklumat hujung jari ni, senang kerja kita kan. Duduk ajer kat mana-mana dan boleh membuat perbandingan bank-bank di Malaysia malahan membuat permohonan pembiayaan perumahan islamik terbaik di Malaysia pulak tu !


Contoh ni adalah untuk pembiayaan pembelian rumah kat atas tadi,  terus dapat maklumat bank mana yang menawarkan profit rate yang paling rendah untuk kita pilih, Bukan tu ajer, bayaran bulanan , penalti penamatan awal (lock in period) dan pelbagai informasi lagi. Tempoh Lock-In tu tempoh di mana pembiayaan tidak boleh dijelaskan sepenuhnya tanpa dikenakan penalti penyelesaian awal. Walaupun cuma berbeza beberapa ringgit antara bank-bank ni tapi bila dicongak-congak untuk 30 tahun memang tak terjangkau keuntungannya hasil daripada pilihan pembiayaan yang tepat ni :)

Bukan tu sahaja, tip dan panduan lanjut pinjaman rumah di Malaysia yang lengkap dengan bahasa yang  mudah  mengenai pinjaman rumah boleh dicapai melaui laman web ini.   Kalau rasa tak berapa nak faham terma dalam bahasa Melayu, korang boleh la pilih Bahasa Inggeris .

Jom terjah iMoney sekarang bagi mereka yang merancang untuk membuat pinjaman perumahan :)


 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)