Wednesday, June 19, 2013

Cukai Taksiran / Cukai Pintu pernah buat pembayaran tak ?

Last week, tengok dalam mailbox ada bil Cukai Taksiran 1/ 2013.Sebelum ni tak pernah pulak dapat. Rasanya bil ni owner lama tu datang hantar kat rumah kot sebab alamat masih tak tukar lagi pada bil tu. Dah satu kerja nak kena pergi Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk tukar alamat ( ambil borang kat kaunter 6 ) .Tapi yang paling dahsyat sekali adalah bil tersebut sudah tertunggak.


Tengok jumlah bil. Pengsan sekejap. RM 400++ sepatutnya RM 125++ ajer setengah tahun. Alahai, salah sendiri sebab sebelum ni tak pernah ambil tahu pasal ini. So, korang jangan ambil mudah yer kawan-kawan berkaitan Cukai Taksiran ni. 
   Cukai Taksiran atau Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
 Siapa yang kena bayar cukai taksiran? Pemilik premis berikut yer :)
  • Bangunan Kediaman
  • Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)
  • Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan MPK
Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan MPK  menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya. MPK siap buat Kempen Pembayaran Cukai Taksiran lagi untuk menggalakkan kita bayar cukai taksiran ni. Jalan kerumah saya yang berlubang tu diorang dah baiki mungkin dah ramai buat pembayaran cukai taksiran ni :p

KEMPEN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN DI PASARAYA TERPILIH SEKITAR KLANG
SEPANJANG BULAN JULAI , OGOS DAN SEPTEMBER 2013 



Tarikh
Lokasi
Masa
20, 21, 27 & 28 Julai, 2013
Aeon Big, Jalan Kapar, Klang
10.00 pagi – 10.00 malam 
03, 04, 07 & 18 Ogos, 2013
Aeon Jusco Bukit Tinggi
10.00 pagi – 10.00 malam
24, 25, 31 Ogos & 01 Sept. 2013
Aeon Jusco Bukit Raja
10.00 pagi – 10.00 malam 




Korang dah buat pembayaran cukai taksiran tahun ni ?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)