Monday, June 10, 2013

Breakfast @ Lontong Klang, Seksyen 7 Shah Alam

Pembuka minggu di elissmie.com dengan episod JJCM . Ok kan ? Jarang nak JJCM waktu breakfast ni tapi ni kejadian minggu lepas, pergi dengan Niza The Kancil Biru(psstt tapi dah naik Preve putih skang, kena tukar nama ini belog saya tu :p ) dan Kak Ema.Minggu sebelum tu dah pergi dengan Kak Ema dan Ad.So gambar combine dua-dua lah yer.Lontong Klang ni cawangan asal kat Klang. Masih ada kat situ kak ema cakap.Lokasinya di Emporium Klang berdekatan dengan Pasar Jawa.Tu pasal nama dia Lontong Klang.


Kedai yang di Shah Alam ni  sederet dengan Restoren Hakeem lama.
Masuk kot Shell sebelum Unisel tuh.

Lontong dia simple. Yang ni biasa punya. Kuah lodeh, telur rebus, bergedil, tempe goreng, kelapa goreng, nasi himpit dan sambal sotong. Sambal sotong tu buat pelengkap rasa lontong tu. Sotong pulak lembut ajer :)

Yang ni saya order dengan tambahan kelapa. Lebih kick sebab kuah jadi makin pekat.
Nak tambah apa lebih pun boleh, cakap ajer . Konsep kedai ni layan diri. Amik terus makanan kat situ dan duduk lah mana-mana ruang kosong.

Harga lontong kat situ.Nasi lemak tu guna sambal sotong tadi, tapi belum cuba lagi. 
Lain kali boleh cuba.


Korang suka makan lontong ?


Lontong Klang
Waktu perniagaan:
 Isnin - Khamis: 7.30am - 3.00pm
Jumaat: 7.30am - 12.30pm
 Sabtu & Ahad: 7.30am - 3.00pm
 Tutup setiap Isnin minggu ketiga
Alamat: 20, Jalan Zikron E/7E, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Telefon: +6017-6182039 / +6012-2756007

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)