Wednesday, April 24, 2013

Potongan rambut pendek untuk wanita habis pantang 100 hari

Hari ni my Nayla dah berusia 106 hari ( batuk ) . Hahahaha .Masih pantang yang satu tu ( batuk lagi ) Kira baru habis pantang lah jugak kan. Ni tak tahu lah mitos ker haper, masa My Nuha dulu dia start ajer menyembur , habis rambut saya gugur. My Nayla pun nampaknya ada gaya nak menyembur tu sebab dia dah start buat buih. So, weekend hari tu manja-manja sket dengan hubby suh bawakan ke saloon.Dia pun sebenarnya tension jugak kalau rambut start gugur ni sebab dia yang sapu rumah kan ( hahaha. kantoi, isteri tak sapu rumah :p)


Kami ke Kelly Hairstyle Saloon kat area rumah saya ni. Ni saloon unisex sebab masa saya datang tu ada pelanggan lelaki dalam tu. Pekerja dia tengok semuanya wanita. Itu ajer pun saloon dekat dengan rumah saya dan buka pada hari Ahad. Senang la sket kan.

Jom kita tengok potongan rambut pendek dan style rambut untuk wanita tahun 2013 ni :-



Potongan 1


Potongan 2


Potongan 3

 
Potongan 4


Potongan 5.


Yang mana satu korang berkenan ?

p/s:

Potongan rambut yang saya pilih adalah potongan 4. Saya suka ikat rambut so saya suh jugak amoi tu potong pendek tapi still boleh ikat. Pendek tapi still boleh ikat. Lepas potong rambut ringan kepala. Saya memang recommend kedai ni walaupun unisex saloon , tapi bila saya cakap nak potong rambut dalam tabir tu, dia turutkan saja. Mungkin dah ramai pelanggan beragama Islam datang kat situ so dia dah tahu dah. Potong rambut RM20 sebab rambut saya panjang sangat katanya.hahaha. Hampir 3-4 tahun tak potong rambut kot :p



 Kelly Hairstyle Saloon
No 16 Jalan Zapin 1A, Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3081 3919
Kelly 014.666 3933
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad ( Isnin Tutup)
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)