Friday, April 12, 2013

Inilah rumah pertama saya...

Semalam tertengok gambar rumah lama felda yang di share kawan-kawan kat facebook. Memang nostalgia betul. Sebab memang ginilah rupa rumah saya masa mula-mula pindah masuk felda dulu. Tapi saya tak lahir lagi masa diorang pindah felda masa tu. Tahun 1979 . Yang ada cuma abang dan adik ( panggilan untuk Long dan Ngah saya sebelum kewujudan saya ;p )


Tak tahu lah ni rumah siapa, tapi gini lah rumah felda yang dibina untuk semua warga felda. 2 bilik tak silap. Tapi sekarang memang tak der dah nak jumpa macam ni kecuali rumah tinggal.Dirumah inilah saya dibesarkan dengan penat jerih ma dan abah.Bagi yang tak tahu ingat tanah felda ni kerajaan bagi free-free, tolong sket yer. Kena bayar tau siap dengan bunga-bunga lagi tau, macam pinjaman bank jugak lah.Alhamdulillah, sekarang rumah ma abah dah dapat geran tanah pun.


Ini gambar saya. Comel kan? hahaha. Tengok belakang saya tu, nampak jugak sipi-sipi rumah macam gambar atas tu.




Ini official rumah pertama saya hasil titik peluh saya dan hubby.
Sudah setahun lebih menetap disini. Ironinya, tapak rumah saya ni, dulunya adalah kawasan tanah kelapa sawit :)


 Korang pernah sampai ke kawasan felda tak?


 p/s:

Saya berbangga menjadi anak felda generasi kedua


Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)