Hari ni lambat sket bersiaran. Banyak rupanya kerja yang tak sempat settle sebelum bersalin secara mengejut awal tahun ni . Hari ni adalah hari pertama kerja setelah 3 bulan bercuti. Seronok cuti lama ? Memang seronok. Ingatkan bosan. Time kat kampung bosan jugak sebab masa tu dalam pantang lagi kan.Apa pun tak boleh. Bila dah ada kat sini, sebulan boleh buat apa saja, terus cepat masa berlalu. hahaha.
Hari ni nak bagi contest untuk follower elissmie.com yang tak jemu datang melawat blog picisan saya yang tak seberapa ini.Tak sangka, hampir 1K sudah :) Siapa yang bukan follower elissmie.com , klik ajer pada butang Join this site untuk memenangi tiket bernilai RM 110 ni. Jawapan tepat akan menerima 2 keping tiket bernilai RM 110 ini. Satu tekaan sahaja dibenarkan ok !
Nyatakan apakah nama tempat dalam pass masuk ini ?
p/s:
Terpaksa ditutup. Pemenang sudah ada !
p/s:
Jika ramai yang meneka dengan tepat, saya akan pilih follower yang menjawab dengan pantas. Komen yang ada jawapan tidak akan dipublish yer :)