Friday, April 05, 2013

Taska atau rumah pengasuh, mana pilihan korang ?

Mula-mula memang saya nak hantar my Nayla ke taska sama dengan kakak dia, my Nuha. Senang sebab sekali harung ajer. Tapi malangnya,permohonan saya tidak diluluskan sehingga semalam pihak taska telefon balik dan ada kekosongan katanya.Saya terpaksa tolak sebab minggu ni saya dah start hantar my Nayla ke rumah pengasuh,Kak Ana dan saya nampak akak ni jaga my Nayla dengan baik. Lagipun akak ni just jaga 3 budak dan my Nayla seorang ajer baby. Yang lain umur 4 dan 6 tahun dah. 



Bila fikir-fikir balik, ada baiknya saya letak my Nayla di rumah pengasuh dulu sebab kalau lama sangat dia kat taska tu mungkin besar sket dia jadi bosan kan. Biarlah dia sebaya my Nuha dulu la baru hantar taska. Lagipun kalau ada yang sakit, ramai-ramai mungkin senang berjangkit sebab baby kan sistem imun tak berapa nak kuat. Harap akak ni akan jaga my Nayla dengan baik sampai 4 tahun ni. Lagipun senang, belakang rumah ajer. Kebarangkalian anak untuk menangis dalam kereta meraung-raung macam my Nuha dulu amatlah tipis. hahaha. Tapi sebulan jadi supir bawa dia, memang my Nayla tak banyak ragamnya. Dah la suka tidur. Tenang nak drive :)


Kak  Ana cakap my Nayla asyik meleleh air liur jer. Ada makanan masa mengandung yang tak dapat makan ker dia tanya ? Saya cakap, banyakkkkk.. hahaha. Ni lah salah satunya, Agar-agar Santan [ Resepi disini ] . Ni semalam saya buat dan my Nuha suka sangat. Hubby tak sempat try lagi ! :p Acuan ni beli kat checkers, murah jer seringgit lebih 10 bekas tak silap,saya beli bentuk bintang dan shell.


 Korang pulak , mana satu pilihan ? Taska atau rumah pengasuh ? 

 
  Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)