Sunday, February 03, 2013

Rutin berpantang bersalin , ketat ke tak ?

Memang berbeza betul rutin masa pantangkan Nuha dengan Nayla dulu tapi tak jauh sangat la bezanya. Cuma berpantangkan Nayla ni ada sket cabaran sebab ada baby besar dan ada baby kecik :p Terpaksa berkongsi kasih dengan dua anak katakan sebab my Nuha sekarang bila dapat adik sensitif sangat . Tak boleh nak marah sangat, kalau nak marah pulak Nenek dengan Datuk dia pulak marah saya . Saya jadi stress sangat, tu agaknya darah tinggi tak nak turun-turun.Kadang-kadang menangis sorang diri (nasib tak meroyan jer ) untuk redakan stress.hahaha.Tak siapa yang tahu, termasuk hubby kalau dia baca ni, barulah dia tahu.

Saya masa kecik-kecik dulu padahal selalu ajer kena marah kalau buat silap, tapi my Nuha ni spoil betul bila duduk dengan Nenek dan Datuk dia ni. Makin lama makin menjadi-jadi perangai dia. Makan , mandi semua nak saya lepas Abah dia dah balik ni.Dah macam bukan orang dalam pantang dah ni. Layankan ajer lah. 

Ni rutin harian saya sepanjang berpantang:-

1)Mandi Serung

Terima kasih la pada Et sebab bagi free sample mandian herba hari tu dan terus saya beli lepas tahu kewujudannya. Sampai hari ni masih lagi mandi serung ni. Satu pek tu tahan untuk seminggu.

2)Kena bengkung

Yang ni tak strict sangat pakai. Kadang-kadang pakai, kadang-kadang malas :p

3)Makan ikan haruan



Bila sampai terengganu ni baru merasa ikan haruan . Ni anak jiran yang berikan masa dia balik menjala hari tu. Ada 7 ekor. Boleh la dari tak der kan. My ma gorengkan ajer. Sedap makan rangup garing2 :p Menu berpantang pun nak sedap ajer :p

4 ) Minum CocoaCollagen Power Plus - Yang ni my Ma dealernya so saya try lah jugak sebab katanya bagus untuk wanita lepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman.Satu sachet setiap pagi sebelum bfast

 

5)Pakai Stokin

Ni pun kadang-kadang jugak pakai. Kalau malas, just lumurkan minyak afiat jer kat kaki. Gila beza ngan masa Nuha dulu ;p

6)Menyusu dan berjaga malam..


My Nayla ni akan bangun 2 kali jer malam, iaitu pukul 3 dan pukul 5. So tak berjaga malam sangat kecuali kalau menyusu badan dia mamai-mamai so dia akan on off :p Kalau dia meraung baru bangun menyusu, baru dia tak main-main :p

7)Berurut dan tungku

Kali ni berurut dengan my Ma ajer. Dia pandai juga urut sket-sket tapi nanti hari ke 44 nanti bidan akan datang untuk urut secara official la :p Tungku lak, tak silap baru sehari ajer :p Dasar pemalas. hahaha.


 Rutin pantangkan my Nuha dulu : boleh baca kat sini.

Senyuman untuk Abah :)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)