Semalam saya dah buat pemeriksaan untuk minggu 36. Alhamdulillah, berat baby NH makin bertambah tapi yang tak sedap didengar tiba-tiba tekanan darah saya tinggi pulak.
Mungkin sejak akhir-akhir ni, kalau terjaga jer masa tidur , nak tidur balik tu punyalah susah.
Ni bacaan tekanan darah saya ( 149 / 107) . Melebihi ( 140 / 90) Tinggi kan?
Berat badan bertambah lagi 3 kg. Syabbas...82 kg dalam sejarah !
Berat baby 2.4 kg. Kedudukan kepala dah kebawah.
Terpaksa makan ubat darah tinggi ni dan buat pemeriksaan tekanan darah setiap hari selama 2 minggu ni.
Semalam doc cakap la risiko darah tinggi ni jika makin tinggi walaupun dah makan ubat ni. Mungkin dia akan tambah dos , kalau naik lagi. dia akan induce bila dah cukup due nanti ( tak boleh tangguh2) , tapi kalau makin hari makin tinggi, terpaksa c-sect terus sebab ada risiko ibu terkena sawan, ada bleeding belakang rahim, boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi. Aduhai...Seram sejuk pulak saya mendengarnya. Ya Allah permudahkan lah urusanku membawa khalifah kecil Mu ke dunia ini..
Korang ada petua untuk dikongsikan atau pengalaman darah tinggi semasa hamil ?
Total bil : RM 362.51