Hari ni edisi JJCM @ elissmie bawak korang makan buffet lunch pulak. Sebenarnya kitorang kesini sebab nak raikan Kak Ray yang telah pun bersara pada Selasa lepas dengan ucapan Hai Kak Ray, buat apa kat rumah tu ? Tak boring ker? hahaha
Kebetulan sekarang tengah ada promosi @ Pendeta Coffe House, Intekma Resort & Convention Centre dan hari jumaat pulak ada diskaun 15% untuk ladies, so apa lagi, kitorang terjah la kesini.
PEMBUKA SELERA
3 JENIS
SAMBAL MELAYU,ROJAK BUAH,2 JENIS ACAR, 2 JENIS KERABU,SALAD MAKANAN LAUT,SALAD
CENDAWAN CAMPUR,KERABU CRAB STICK,KERABU KERANG,MIX GARDEN SAQLAD,4 JENIS
DRESSING,JERUK-JERUK MALAYSIA,KEROPOK & PEPADOM
HIDANGAN UTAMA
NASI BUKHARA
AYAM KADAL
PARU GORENG DAUN KARI
MUTTON MADRAS
IKAN KARI BENDI
KETAM SAMBAL DAUN KARI
PERIA GORENG TELUR
BAYAM GORENG
PENCUCI MULUT
INDIAN DESSERT,ASSORTED FRENCH
PASTRIES,2 JENIS KEK PILIHAN,MIX TARTLET,ASSORTED MOUSSE CAKE,PIE
CAMPURAN,BUAH-BUAHAN SEGAR,TIT BIT,COOKIES,1 JENIS BUBUR/PENGAT,SAGOO GULA
MELAKA,PAYASAM
Jom la layan gambar makanan. Kualiti gambar tidak memuaskan sebab pencahayaan kurang dalam kafe tu [ padahal pakai kamera hp cap ayam :p ]
Yang diraikan Kak Ray yang telah berkhidmat dengan UiTM selama 30 tahun lebih. Hebat !!
Saya @ 28 Weeks dengan Kak Ray
Motif sudu garfu :p
Kambing golek tapi dah siap golek :p
ROASTED LAMB TANDOORI
NASI BUKHARA
AYAM KADAL
MUTTON MADRAS
KETAM SAMBAL DAUN KARI
Antara yang sempat saya jamah kat bawah ni jer . Jamah jer bukan makan..hehehe
Dessert - kek jer pun :p
Nasi Beriani, ketam dan daging . Sayur dan ulam tidak ketinggalan.
Cendol
Ni kambing golek tadi. 2 slices jer dia letak :p
Boleh pilih makan belah dalam
Atau hirup angin luar kat sini
INTEKMA Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 5522 5000 Fax: +603 5522 5004
More info : Website
FB : Link
Korang suka tak makan Indian Cuisine ?
p/s:
Rasa macam rugi jugak buffet lunch ni sebab tak dapat makan banyak-banyak :p lagipun sekarang ni, makan pedas-pedas sket rasa panas dengan tekak, tak tahu la pasal apa. Haish..