Orang lain yang mengandung, orang lain yang mengidam . Layankan jer la dia yer. Bagi hubby peluang nak mengidam jugak. Mesti dia baca entry Eyriqazz pasal Durian Crepe ni Durian Crepe Gebu dan Sedap. Semalam cakap kat saya suh order durian crepe dengan Irma. Hari ni, saya masuk jer blog irma, sekali terpandang entry baru Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka. Memang fenomena jugak Durian Crepe skang ni kan. Tak pasti la irma guna resepi apa, adakah guna resepi 5 jenis tepung ?
Buat semua penggemar durian. Tempahan sudah dibuka.Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012 bermula pukul 3 petang hingga 10 malam atau JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.[ korang nak order, klik sini] Sedihnya, ingat nak amik hari Sabtu ni tapi cuma sampai jumaat sahaja bukanya.
Pavlova yang saya menang hari tu pun, dan irma janji nak buatkan 2 layer tu, tak terambil-ambil lagi ni. Dah terliur sangat dah ni. Minggu depan family day ofiz pulak kat Bukit Merah Laketown Resort ! Bila la nak merasa pavlova free ni asyik tertunda-tunda ajer :( Pandangan Peribadi Pavlova Irma boleh baca kat sini.
Dan Pai Tee, yang ni saya makan 2 minggu lepas dengan mantan boz Ida , di TCRS Tesco Shah Alam. Rasa nak makan lagi :p
Korang rasa nak mengidam sama ker ? hahahaha. lariksss..