Hari ni ramai yang bercuti kan? Maklumlah cuti sekolah, lagi satu cuti selang seli. Saya duduk ofiz jer, tak pergi mana-mana. Cuti yang ada boleh buat simpan sebelum beranak next year :) Ada balance 19 hari lagi tu !! Phewwitt..
Hari ni episod JJCM di elissmie berkisar pasal breakfast percuma dan dinner kitorang di Hotel Grand Continental Melaka hati tu. Kitorang check in Selasa tu dalam pukul 3 lebih. Dengan tak makan apa pun tengah hari tu, sampai-sampai terus order makanan dan mintak diorang hantar ke bilik.
Petang tu , diorang sediakan Mee Udang. RM10.50 nett semangkuk. Besar jugak portion dia dan sedap tapi udang ada 3 ekor jer tu pun kecik. hahaha. Sebab kebulur sangat, makan jer la sampai habis.
Dinner malam tu, since kitorang tak der transport, makan jer kat hotel. Mula-mula nak makan set steambot RM15.80 nett tapi bila terpandang western food cuma RM12.80 nett , order yang itu jer la.
Portion memang tak besar.
Saya punya nasi dengan fish fillet + veggie yang keras macam tak stim lama :p
Mushroom soup, biasa-biasa ajer. Memang instant punya jer.
Orange juice.
Aiskrim yang paling sedap ;p
Promosi Western Set Lunch & Dinner.
Ok habis bab dinner. Yang tu memang kena bayar sendiri ( nasib baik boleh claim) . Ni yang kitorang dapat masa booking bilik, 2 kali brekfast lah kiranya. Hari pertama tak snap pic sebab masing-masing kebulur dah. Waktu breakfast 7.00 pagi hingga 10.30 pagi. Hari pertama kena awal, sebab boz nak datang amik pukul 8. 7 lebih kitorang dah start makan.Ada dua pilihan tempat nak makan.
Ni yang belah dalam.
Dilarang merokok kat dalam!
Yang ni belah luar. Maybe untuk orang yang merokok, boleh pilih duk kat sini. Dapat tengok view jalan dan Makhamah Majisteret Melaka :p
RM 18.50 nett ( adult )
RM 12.50 nett ( children)
Ada banyak la jugak pilihan makanan . Dua-dua hari menu berbeza. Ni menu hari kedua jer la yer. Ada english cuisine campur malay cuisine sket.
Sebelum pergi breakfast,. posing dulu :p Saya @ 26 weeks.
Mula - mula saya makan cereal :p
Lepas tu, kuet teow . Lepas tu nasi lemak. hahahaha. Tak tersnap pulak :p
Buah cuma satu pilihan ajer, tembikai.Dua-dua hari pun sama.
Roti bakar, dua- dua hari pun ada. Macam menu wajib ada la kot.
Air oren jer dia reti buat. Dua kali breakfast air oren jer. Teh dan Kopi pun ada.
Yang ni Mee Hailam. Yang ni hari pertama jer ada. hari kedua, dia letak bubur nasi pulak.
Nasi lemak dan kuih pau, dua-dua kali breakfast ada. Pau cuma hari kedua.
Menu kat sini yang bertukar sket. Hari pertama, ada french toast, spageti, baked bean, scrambbled egg dan chicken sausage. Hari kedua, nasi goreng, kuey teow goreng, telur mata dan chicken sausage.
Overall, makanan yang disediakan average jer la. 3/5 boleh kasi. Tak der la tak sedap sangat bagi saya dan boleh jer makan semua ( ke sebab kebulur ) hahaha. Tapi kalau dia tambah lagi pilihan makanan pun lagi menarik :p
Pemenang FM melaka :)
Terima kasih semua peserta !!
Mr Random yang pilihkan 2 pemenang kat bawah ni :-
Mr Random yang pilihkan 2 pemenang kat bawah ni :-
Kepada 2 pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com.