Thursday, November 08, 2012

Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang

 Hari ni dah 3 hari saya berada di Melaka. Kali ini sekali lagi sistem yang saya bangunkan dihantar untuk penyertaan RIID Melaka 2012 pulak.Keputusannya petang nanti. Doakan lah kawan-kawan semua. Tak der taruh harapan yang menggunung dah sebab takut kecewa macam hari tu :p


Untuk penginapan 3 hari 2 malam ni, kitorang book Hotel Grand Continental Melaka. Kat depan hotel ni ada Mahkamah Majisteret Melaka dan kalau jalan kaki boleh sampai ke River Cruise. Tapi kitorang malas nak pergi :p


Mula-mula kena check in dulu yer..Check in pukul 12.00 tengah hari. Hari pertama kami sampai, diorang bagi kami Superior Room (RM 157 nett ). So mari kita tengok kat dalam dia. Terima kasih hantarkan beg kami sampai ke bilik :)


Ni bilik kitorang pada hari pertama. Kesian Ad kena tido katil single, bagi peluang mak buyung selesa :)


Bilik air bersih .


Ada bath tub dan shower.

TV zaman dinosour lagi tak der flat screen, dah la tak de peti ais. Safety box apa tah lagi.Nan hado.
Iron ada disediakan kat depan lif.

Hari kedua kitorang kena pindah sebab malam sebelum tu aircond macam tak berapa nak kuat.Diorang kata nak servis air cond.  Dapatlah merasa Deluxe Room. 



Ni baru best. Dua-dua pun dapat katil twin. Boleh lah nak bawa pasangan masing-masing.hahaha.Berangan jer la.

TV masih TV zaman dinosour tapi up sket sebab ada Astro.Yang Superior tak dapat tengok Astro.
Peti Sejuk pun ada. 


Bilik air pun terjaga dan baru. 


Aircond dua-dua jenis bilik jenis centralized, sampai menggigil2 laa tidur. Part ni kurang syiok lah pulak.


Kat sini pun ada swimming pool ( Tingkat 10) Tapi macam tak terjaga . Dalam website bukan main cantik terjaga :p



Ruang makan terletak kat lobi hotel.

Ada kemudahan wifi percuma tapi kena mintak password ngan diorang.


 Menarik, hitam merah gitu.Kitorang dapat voucher makan percuma untuk breakfast selama 2 hari ni. [Nanti kita review pasal makanan utk JJCM elissmie :p]

Overall, servis kat hotel ini ok la. Boleh la setakat nak tidur ajer pun. Kalau nak berendam, sila cari hotel lain. hehehe. Lagipun ni ajer kot rate yang mampu untuk kitorang kat sini :p




Address:No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka, Malaysia
Phone:(60 6) 2840 088
Facsimile:(60 6) 2848 125
Email address:reservation_melaka@ghihotels.com.my
Website : http://ghihotels.com.my/



Korang kalau ke Melaka selalu stay kat mana?


p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick)

My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)