Hari ni JJCM di elissmie, jauh sket berjalan. Ni sebenarnya otw balik sempena Raya Haji hari tu. Kitorang plan last minute nak singgah Kuantan. Lama betul tak masuk Kuantan, rasanya ada dalam 6-7 tahun. hahaha. Nak tergelak ke nak menangis tak tahu la.Nampak susur masuk Kuantan / Bandar Indera Mahkota terus masuk lepas tu blur. hahaha. Punyalah lama tak masuk kuantan gitu kekdahnya. Tapi last - last baru jumpa jalan ke Tanjung Lumpur. Nak ke situ ajer sebenarnya. hahaha
Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan utama kat Tanjung Lumpur tu . Kat sebelah tu ada kedai jual keropok dan segala produk hasil laut. Kedai ini my hubby yang perkenalkan masa zaman berchenta dulu. Masa tu saya buat praktikal kat JPN, Pahang, tahun 2003. Memang kitorang teringat-ingat la kesedapan Nasi Minyak, memang terengganu style punya lah. Tapi malam tu, hampa betul sebab tak dapat makan nasi minyak sebab dah habis.
Jom la tengok apa yang kami order malam tu. Masa ni dalam pukul 11 lebih dah..Bertolak pukul 6.30 dari Klang.
Ni ruang makan belah dalam. Memang simple ajer . Tapi kami memilih makan kat luar.
Tuan belog yang macam dipam-pam kena tayang dulu.
Masa mula-mula sampai moyok sebab baru bangun tidur..
Hubby tuan belog tengah garu gatal :p Ni my Nuha yang amik :)
Ni buat-buat menangis :p Apa kes ntah !
Senyum sket lepas dah nampak makanan :) Dia makan sotong jer.
Kenyang makan nugget mc'D 8 keping dalam kereta :p
Nasi Lemak Ayam Merah. Terbaik ! RM4
Yang ni memang betul-betul sedap. Tak liat pulak tu...Haishhhh..terliurrr sangattttt .
RM18, besar portion dia, memang puas hati.
Total semua : RM 31
Ikan Bakar Berlada pun ada tapi kami tak pernah try sebab aim kesini memang nak makan nasi minyak selalunya :)
Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
Lokasi : Foursquare
Untuk tempahan boleh hubungi mereka :
012 945 7171
012 960 9729
Korang pernah JJCM kat Tanjung Lumpur Kuantan ?