Wednesday, October 24, 2012

Checkers Shah Alam , beli barang harga borong?

Berapa kali dah my hubby cakap kat saya yang barangan kat Checkers yang baru buka area depan Public Bank Seksyen 15 tu murah tapi tak berpeluang nak terjah pun. Malam tadi, kebetulan hubby pergi Public Bank bayar duit kereta , so ajak sekali masuk Checkers nak belikan kawan-kawan taska my Nuha jajan sket untuk sambutan hari lahir kawan-kawan dia bulan 10 hari ni.
 

 Bila sampai kat situ tengok macam gudang pun ada. Sebab banyak kotak-kotak tersusun gitu kan. Ala-ala Tesco Extra jugak. Masa saya pergi malam tadi, tak ramai sangat orang. Memang berbeza la dengan Tesco. Mungkin orang dah biasa dengan pasaraya lain, so Checkers dipandang sepi kot.

 Barangan yang kemas tersusun tapi sayang masih belum ada label.
 So melilau sket nak cari barang. Tapi mudah jer nampak. Bahagian depan banyak barang yang dalam kotak-kotak kecil , tapi bahagian belakang memang untuk yang peniaga beli la.Besar-besar kotak dia.

Ada juga wet market - tak sempat tengok pun dalam tu sebab nak cepat


Kemudahan troli memang banyak dan ada yang jenis untuk angkut kotak besar.
 Kata pasar borong kan :)


Jom tengok hasil rembatan di Checkers :-

Yang ni 36 keping cuma RM 7.50


Milo ni di speedmart RM 13 ++ tapi kat sini RM12.90

Yang ni RM 4 ++. Ni biasa beli RM5++

Yang ni pun kopi kegemaran hubby. 
Memang murah. Selalu RM16 ++ , kat sini RM14 ++

Beli barang tak seberapa, tapi habis jugak dekat RM100.


 Parking space walaupun tak seluas Tesco tapi ok lah banyak jugak.

Korang pernah beli barang di Checkers?


CHECKERS CASH & CARRY (SHAH ALAM) SDN BHD (971304-A) 
LOT 7, PERSIARAN SELANGOR, SECTION 15,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 - 5511 2255 FAX: 03 - 5511 1188 (Account & Purchase) / 5511 1177
 (Receiving) EMAIL: checkers@unifi.my
GPS: 3.062626,101.526433
Lokasi lain  : klik sini


p/s:

Petang ni bertolak balik Terengganu. Doakan perjalanan kami lancar yer :) Selamat Hari Raya AidilAdha in advance :) Tuan tanah kedaung cuti sampai Isnin.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)