Wednesday, October 10, 2012

Wifi percuma di hospital , bagus jugak kan ?

Skang ni rata-rata tempat baik restoren, sekolah , universiti, bangunan kerajaan,  semua ada kemudahan wifi secara percuma lagi .Kalau kat kedai mamak, kena mintak ajer dengan ane , dia pun hafal password wifi. Tapi jangan salah masuk pulak, kang ada tragedi  T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. berulang ( 7777 sebenarnya ) . Malah kat kampung saya sendiri pun dah ada kampung tanpa wayar 1 malaysia jugak .


Wi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network). Sumber : sini



 Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia , credit to : Yanmie | Blog Supermak



 Di DEMC , kemudahan wifi percuma memang disediakan ( tanpa password) malah ada beberapa monitor touch screen yang dilengkapi wifi percuma juga disediakan seperti kat atas ni. Kalau hari minggu, DEMC dah macam rupa pasaraya dah saya rasa sebab penuh dengan orang yang mendapatkan rawatan. So memang wajar ada wifi percuma di hospital ni, selain boleh mengelakkan pembaziran masa , boleh jugak menghilangkan tahap kebosanan lebih-lebih lagi saya bawa my Nuha, dari pagi sampai tengah hari, mood dia memang sukar diduga tapi dengan wifi percuma, boleh dia layan upin dan ipin walaupun tak laju mana sementara saya mendapatkan rawatan.

Saya pun boleh update facebook dengan mudah di telefon saya :)

Di hospital lain pun dah ada kemudahan wifi percuma jugak contohnya , di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. [ Boleh baca entry ini dari Sharinginfoz untuk dapatkan password wifi ]


Apa pendapat korang tentang wifi percuma di hospital ?


p/s:

Bila lah hospital Shah Alam akan dibuka untuk mengurangkan kesesakan di DEMC.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2025 Disclaimer Comments (RSS)