Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 22. Perkembangan bayi dalam rahim sama dengan EDD. Tendangan baby NH dah mula terasa. Memang aktif betul . Asyik nak menendang dan menumbuk :) Uri Alhamdulillah dah tidak menutup laluan macam scan yang lepas dan baby dah tak songsang. Air ketuban pun ok.
Ni gambar scan. Berat baby NH sekarang 490 gram ! Dah hampir setengah kilo.
Tapi berat saya naik 500 gram dari checkup sebelum ni. Jadilah 72 Kilogram. Baru naik 2 kilogram dari berat sebelum mengandung hari tu. Haishh..Janji baby sihat walafiat.
Minta doc tengok-tengokkan jantina. Doc cakap macam leper ajer tapi doc cakap jangan percaya lagi. Ada harapan lagi kan ? hahaha.Hari jumaat ni, ada 3D scan untuk scan terperinci. Dulu pernah buat masa my Nuha tapi my Nuha asyik la tutup muka so, doc tak print. Harap-harap baby NH dan tunjukkan apa yang kami nak tengok .Jantina dia lah :) Bil kali ni : RM329.00
Ni gambar saya yang terkini.
Still muat pakai baju kurung pergi ofiz sebenarnya walaupun ada sedikit buncitan :)
Still muat pakai baju kurung pergi ofiz sebenarnya walaupun ada sedikit buncitan :)
Rasa biasa-biasa sahaja dan isi tak banyak. RM 4.50
Siapa tahu mana nak cari Lai Chee Kang yang tersedap di sekitar Shah Alam ?
p/s:
Bukan saya yang mengidam tapi ini ibu yang telah bersalin yang mengidam..hahaha. Ampunkan saya Niez ;p