Monday, October 01, 2012

Ulek Beach Resort, Dungun , indah khabar dari rupa?

Hari ni baru berkesempatan nak update pasal tempat tidur saya dan kawan-kawan yang menyertai IID Terengganu 2012 tu. Kami bermalam satu malam sahaja kat resort ni tapi pada awalnya diorang bercadang nak balik keesokan pagi tapi driver kata larat ajer nak balik petang tu jugak, so diorang decide balik terus.


 Ada banyak jugak tempat yang boleh nak stay kalau ke Dungun ni. Sebelum ni ada kawan pernah stay kat Mayangsari Resort Dungun tapi kat situ tempat semacam tidak terjaga kata mereka dan macam haunted sket.hahaha.So, mereka decide cuba resort lain. Akhirnya mereka memilih Ulek Beach Resort, Dungun untuk tempat beradu kami kat situ. 1 KM ajer dari UiTM Dungun dan sebelah ajer dengan Dungun Golf and Country Club.


Masa check in adalah dari pukul 3.00 petang  dan check out pukul 12.00 tengah hari tapi kitorang awal-awal pagi lagi dah check out. Check in pulak dalam pukul 5 sebab pergi setup dan register booth dulu kat UiTM Dungun.

Deko yang menarik di area menunggu sementara nak uruskan check in

Kat sini tempat breakfast keesokan harinya. 
Dah lupa nak snap esoknya, sebab teruja dapat makan nasi dagang even tak sehebat my MIL punya masakan :p

Kat sini ada banyak barangan yang klasik, ada gong , tembikar , tampi,
 apa ntah lagi kat belakang tu :p

Nak makan mengadap laut boleh duduk kat sini :) 

Jom masuk bilik pulak !

 Bilik kami


Ni bilik Puan Azima, depan bilik kami.


Saya dan Niz, berkongsi bilik , so kami amik bilik Standard Twin Room. Semalam dalam RM200++
 ( termasuk breakfast. Kalau bawak anak bawah 12 tahun, free of charge kalau guna tilam sedia ada ). 
Kat dalam website kata ada wifi tapi tak der pun bila masuk dalam bilik ;p

Teman sebilik, Niz :)

 
 Unik jugak tingkap dia sebab guna kayu berfungsi macam blind tu.

 Toilet satu jer tak puas hati sebab tak der hos . Style mancut macam toilet KLCC ;p

Fasiliti yang disediakan :  TV ada channel Astro tapi terhad , telephone tak nampak pulak kat mana :p Barangan berharga boleh simpan dengan selamat sebab ada Safety Deposit Box. Ada aircond tapi kalau tak der pun tak per sebab malam memang sejuk sampai kena tutup aircodn.Ada Hot Tub, Iron, Desk, Wooden / Parquet floor, Wardrobe/Closet, Shower, Hairdryer, Free toiletries, Toilet, Bathroom, Tea/Coffee Maker,  Electric Kettle, Alarm Clock, Towels.

Jom kita jenguk-jenguk kawasan kat luar bilik pulak.



Memang bersih dan terjaga kawasannya. 


Kalau tak der air, boleh mandi kat Perigi Mak Ngah :)


Tak pun boleh terjun ajer kat sini. Tak berkesempatan pun nak main air. 
Sebab petang keluar cari keropok lekor kononnya.

Titi Kak Long.


Kalau tak pernah duduk rumah kampung, gini la gayanya :)

Ni berhadapan dengan swimming pool tadi, boleh request berbeku tu kat sini kot.

Overall, servis kat sini memuaskan hati. Bukan indah khabar dari rupa. Biasalah kalau nak booking, kita biasa baca review dan tengok website mereka dulu. Makanan breakfast pun sedap tapi makan malam kena makan kat luar sebab kat sini tak disediakan makan malam. Kalau ada transport tak der hal sebab banyak kedai makan kat area sini. Yang susahnya kami la sebab datang dengan bas.hahahaha. Nak makan kat tepi-tepi pantai ( konon cari celup tepung dan keropok lekor) jauh nak kena menapak. Ada satu gerai dalam 5 minit berjalan, tapi western food pulak :p

Korang pernah stay di mana kalau bercuti kat Terengganu ?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)