Thursday, September 06, 2012

Scan 17 Minggu,Pedih Hulu Hati dan 30 Tahun Hari ni

Masuk minggu ni jer, saya dah start-start sakit hulu hati. Rasanya masa mengandungkan nuha dulu, hujung-hujung baru kena. Bila checkup hari Selasa lepas, terus tanya doktor then doktor cakap setiap kehamilan memang berbeza.So, kira normal la kalau kena awal ker lewat ker. Ada terbaca jugak pasal pedih hulu hati sebelum jumpa doktor.Pedih Ulu Hati Semasa Hamil. Banyak rupanya kena pantang makan .Masam-masam manis-manis tak boleh.Pedas tak boleh, berempah tak boleh, panas tak boleh. Habis apa nya yang boleh? Rebus-rebus jer laa nampaknya yer :p Banyak betul dugaan mengandung kali ni.


 Jom la tengok gambar scan. Masa ni baby tidur. Kenapa la asyik tidur jer dik ;p Tapi ada jugak gerak manja-manja gitu. Masih tak rasa pergerakan kat perut.Kecik lagi doktor kata.baru 197 gram.

Baby Alhamdulillah memang mengikut usianya (17 wks)  tapi berat saya tidak berganjak. Magis sungguh ! Mungkin penangan muntah semasa berpuasa hari tu dan tak boleh nak telan banyak makanan masa berbuka Berat saya maintain 71.5 KG.

Gaviscon adalah selamat untuk ibu hamil. Alhamdulillah, sejak ada ahli bomba dalam tekak (iklan gaviscon)  , dah tak pedih hulu hati even hari ni makan nasi himpit, kuah lodeh dan kuah kacang yang super pedas.


 Punya besar vitamin yang saya dapat kali ni . Yang ni doktor cakap sekali dengan fish oil. Nak termuntah makan sebab besar sangat saiznya ;p

Bil kali ni RM463.04. Menangis kalau kena bayar sendiri ! 
Kali ni mahal sket dari biasa sebab kena buat ujian darah !

Hari ni adalah birthday saya yang ke 30 tahun. Wow dah masuk 3 series. Terima kasih Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebab antara yang paling awal wish birthday saya sebelum my hubby  ( tapi saya tak ingat pun sebab mamai :p ). Tapi Dato' saya tak kecik hati sebab saya tahu, hanya agent dari sistem yang dibangunkan oleh Puan Niza kancilbiru yang hantar bukan Dato'. hahahaha


Siapa birthday sama dengan saya hari ni angkat tangan ?Ada cadangan hadiah menarik untuk saya tak ? 

p/s:

Saya cuma minta hadiah romantic dinner di fraser hill ajer dari hubby, entah jadi kenyataan atau khayalan :p



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)