Korang dah bayar ke zakar fitrah ? Waktu paling afdal adalah sebelum sembahyang hari raya.Bagi orang yang disekitar Putrajaya syok la sebab siap ada kaunter pandu lalu (drive thru) macam nak beli makanan kat McDonald's ajer kekdahnya.
MASJID Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan kaunter bayar zakat pandu lalu.Ia bertujuan memudahkan dan mempercepatkan orang ramai melakukan urusan pembayaran zakat fitrah.Kaunter pandu lalu itu dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat. sumber
Saya pun dah jugak. Hubby yang bayarkan. Selangor memang kadar rata zakat fitrahnya,
so RM7 lah sekepala. Tahun depan bertambah ahli keluarga Insya Allah :)
Sunat kalau bayar zakat fitrah di sepanjang Ramadhan.
Masa tengah shopping kat AEON Bukit Raja hari tu , ada jugak dibuka kaunter pembayaran zakat fitrah sehingga 18 Ogos 2012 dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Bagi area Selangor ni, kaunter sementara juga dibuka di pusat-pusat membeli belah terpilih yang lain jugak seperti di Centrepoint, Klang, Mydin Plaza MPK Klang, Giant Sek. 13, Shah
Alam, Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang.
Korang selalu bayar zakat fitrah kat mana?