Alhamdulillah. Hari ni genap usia My Nuha 4 tahun. Rasa macam baru semalam ajer ditolak masuk ke operating theater. Macam baru semalam ajer pakar bius cucuk tulang belakang sampai sengal-sengal badan Rasa macam semalam jer doktor tanya, awak ni nampak berani ajer nak operate ?[ Takkan nak buat muka cuak tapi sebelum tu dah nanges kaw-kaw dengan my hubby kat labour room dia tak tahu ] Rasa macam semalam ajer nampak my hubby menangis sebab isteri nak kena belah perut ;p [hubby nampak ajer brutal tapi dalam bunga ada taman tau ! Ok, tak mahu share dengan sapa-sapa. Permohonan ditolak ! hahahaha]
Sehari sebelum melahirkan my Nuha
Tengok gambar my Nuha kecik-kecik dulu, haisshhh tak sabar nak cium bau baby lagi. Insya Allah, febuari tahun depan :) Tak sabar dah sebenarnya. Tak sabar sangat ! hehehe. Semoga dipermudahkan semua urusan oleh Allah. Amin.
Persiapan raya macam mana ? Ceriakan raya anda dengan wall sticker dengan harga yang menarik.Klik sini laju-laju !
Dah buat suprise celebration kecil-kecilan dengan my Nuha kelmarin.Hari ni dia celebrate dengan kawan-kawan di Taska. Dah suruh cikgunya amikkan gambar.
Angry bird cake, Abah dia beli :) Suka sangat dia :)
My Nuhaku sayang, semoga membesar menjadi anak yang solehah ! Semalam cakap macam tu dengan dia , dia gelak-gelak cakap " Solehah tu kawan Nuha " . Aduhai anak :)
Last but not least, My hubbyku sayang, Happy Dating Anniversary kita yang ke 9 ! Eliss sayang Abang hingga ke syurga :) Masih teringat-ingat lagi ucapan I LOVE YOU dari mulut sayang 9 tahun dulu :)
Ucapan yang eliss ingin dengar hari-hari sampai akhir hayat tanpa pernah jemu ! I LOVE YOU Sayang !
Bulan ni ada tarikh-tarikh yang special jugak ke buat korang ?
p/s:
Sayang, nak selipar ajer sempena 9th Anniversary kita ni :p Sedang elok jer dia putus kan.hehehe.Selipar raya lah nampaknya yer :)