Wednesday, August 01, 2012

Buah Tampoi atau Buah Ngeke, ada yang tak kenal?

Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo. Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa. - wikipedia


Korang pernah ke makan buah tampoi atau buah ngeke ni ? ( sebut ke = macam ikan dalam diaelek kelantan, ike ) Ngeke ni kot bahasa terengganu / kelantan lah kot. Saya dulu masa kecik-kecik pernah jugak makan. Memang kiranya dah lama betul lah tak makan. Masa saya teringin makan masam-masam tu, saya teringin jugak nak makan buah ngeke ni tapi tak cakap kat siapa pun.



Sekali, dua hari lepas my hubby bawak balik satu plastik buah ni. Katanya ofiz mate dia yang bagi. Terima kasih Kak Ina.Kira sedang elok lah kan. Saya makan beberapa biji.Manis rasanya. My Nuha nak merasa tapi tak berani nak bagi takut tercekik sebab kitorang makan dengan biji sekali kan. Ada pulak sembelit nanti. hehehe

Korang pernah ke makan buah ni ?Kira buah yang klasik jugak la bagi saya. Buah apa lagi yang korang rasa klasik dan susah jumpa sekarang?




p/s:



Teringin nak makan jambu kayu pulak...Ada sebut jambu bol. Pokok jambu ni ada disekeliling taman perumahan saya tapi buahnya tidak lekat. Berbunga banyak, putik pun banyak tapi satu pun tak menjadi.



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)