Monday, July 30, 2012

Selamat Tinggal KancilBiru & Isabelle, Jauh dimata, dekat dihati

Entry ini dah lama saya peram. Tunggu masa ajer yang menentukan.Dalam masa yang terdekat saya kehilangan dua orang sahabat yang sama-sama bernaung dibawah bumbung universiti yang sama lah kiranya. Mula-mula, Isabelle yang melanjutkan pengajian PHDnya di Adelaide, Australia. Sempat dating berempat di AEON Bandar Baru Klang. Semoga berjaya yer Isabelle :)


Yang diraikan Isabelle dan Adib :)

 My Nuha pun join sekali.




Diorang pergi satu family, dah selamat sampai pun kat sana. credit pic to Gina.

Dan hari ni, menerima perkhabaran sedih jugak, KancilBiru a.k.a Niza pulak bakal meninggalkan bumi Shah Alam kerana dapat bertukar ke UiTM Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkuatkuasa 1 Ogos 2012. Sireh pulang ke gagang gitu lah kekdahnya :)  Kitorang sebenarnya dah lama tahu , so seminggu sebelum puasa dah buat farewell lunch untuk dia di SACC. 5 tahun tempoh perkenalan ni rasa macam singkat pulak.Apapun niza, Semoga berbahagia di tempat kerja baru dan rumah baru, eh :p


 
Yang diraikan, Niza a.k.a Kancilbiru  

Yang lain tukang makan.

Ad, ko jangan pindah mana-mana yer. hahahaha

Masih disini ...



Menangilah Samsung Galaxy Tab atau iPad yang baru sempena Raya ini! Jom like fb PPZ !



Perpisahan, memang perit dan memeritkan kan ?


p/s:


Baju raya tak beli lagi. Tunggu bonus lah gamaknya :p



My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)