Wednesday, July 25, 2012

Menu pembuka selera untuk ibu hamil

Hari ni nak berkongsi resepi lah. Dah lama tak ada segmen Jom Masak di elissmie kan ! Kata nak boikot pasar ramadhan kan ? Harus lah kena masak sendiri. Biasanya saya buat jugak lauk 1 jenis untuk berbuka. 1 jenis beli. Macam semalam,hubby siap-siap beli Ikan Talapia Bakar.Sebab dia punya pencicah tidak mengikut piawaian tekak, saya buat air asam pencicah ikan bakar sendiri lah. Tapi sejak dua menjak ni, saya memang suka makan masam-masam dan semalam teringin betul nak makan kerabu pegaga. [Resepi kerabu pegaga untuk ibu berpantang kat sini

Semalam singgah kedai cari pegaga tapi tak der pulak.Nasib baik ada tauge, daun kunyit dan kacang panjang. Yang ni pun sedap buat kerabu kalau tak der pilihan :) Resepi dia saya siap-siap telefon mak saya kat Terengganu. Jarang-jarang buat kadang-kadang terlupa ingatan.



Kerabu Tauge 
 Bahan-bahannya :

 Tauge 30¢
 Kacang panjang [ dihiris halus]
 Daun kunyit sehelai  [ dihiris halus]
 Kelapa parut
 2 ekor Ikan Sardin/Selayang
 1/3 Kotak Santan + air
 Lada Hitam
 Bawang merah 3 biji
Gula dan garam secukup rasa
Perahan limau nipis



Cara-caranya :

1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan  bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama tauge, kacang panjang dan daun kunyit tadi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau. Sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas serta ikan bakar [ kalau ada, sure terangkat ;p]


Menu sahur hari ni - tapi semua pun keluar jugak :( dah lima hari sahur sia-sia .


Kat sini mana nak cari otak - otak terengganu yer ? Siapa tahu , sila roger..


Korang ada menu pembuka selera untuk ibu hamil tak ? 
Sila kongsi yer :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)