Monday, July 23, 2012

Asal sahur jer muntah, morning sickness ke tu?

Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.Selamat berpuasa semua. Ada yang dah ter raya awal ker? Setakat hari ni, Alhamdulillah, keadaan badan memang mengizinkan untuk puasa walaupun setiap kali sahur, semua yang dimakan tadi keluar balik. Agaknya morning sickness lah kot. Mungkin tak boleh bersahur dengan nasi. Dah avoid nasi hari ni, still muntah lagi. Nasib baik pagi tadi sahur makan Apple Raisin Cake @Carrefour ni, so tak lah keluar cuma muntah air jer. So memang tak boleh makan nasi lah sepanjang ramadhan ni nampaknya. Nasib baik boleh makan nasi masa berbuka !

Jumaat lepas ada tazkirah pasal puasa ni. Ustazah ada menyebut tiga perkara untuk ibu yang mengandung dan menyusukan ni tentang ganti puasa.

1. Bagi ibu yg menyusukan anak / mengandung yang risaukan tentang keadaan dirinya dia tidak perlu membayar fidyah tetapi memadai menggantikan puasanya.

2. Bagi ibu yang menyusukan anak tidak berpuasa kerana risaukan anaknya takut tak cukup susu, perlu ganti puasa dan bayar fidyah.

Satu lagi fatwa dari Dr Yusuf Qardhawi, ibu yang setiap tahun, berpantang dalam bulan puasa, contohnya kalau kita hamil selang setahun atau hampir setiap tahun, dan dlm masa yg sama selang tahun itu kita menyusukan anak sepanjang tahun tidak perlu menggantikan puasa tapi memadai membayar fidyah.

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.[credit to :Sumber]

p/s:

Saranan doktor DaddyZiyyad - Masa sahur elakkan minum minuman ber caffeine macam kopi, nescafe tu semua, sebab caffeine ada effect diuretics, yakni membuang air. Nanti byk kencing, haus! Maybe awal perlu makan pil tahan muntah (maxolon) masa sahur. terima kasih doc atas komen ni !

p/s :

Harga Apple Raisin Cake tu dah turun RM1, jadi RM3 jer :)

p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)