Friday, July 20, 2012

Nasi Lemak Kukus Halba dan Jamuan Menyambut Ramadhan

Akhirnya, Tertunailah Hasrat Di Hati :) Chewah, macam tagline belog Kak Ina KL pulak :)Nasi lemak yang saya idamkan nak buat sendiri sudah menjadi nyata, bukan bohong tapi pasti. Saya masak nasi lemak tak silap hari Selasa lepas.Sebenarnya dah tak sabar-sabar dah buat sendiri, biasalah orang mengidam ni kan.Padahal hari-hari ada jer jual kat kafe ofiz ni.Tapi nak makan jugak nasi lemak buatan sendiri.


Saya tanya pada hubby, boleh jual ke nasi lemak saya ni bang ? Dia cakap sedap dari nasi lemak dia makan kat kedai (kembang semangkuk mak nak! ) Bukan nak puji tapi katanya dia tahu tahap 'kebengongan' saya macam mana kan.hehehehe 6/10 bintang lagi you ! mati mak kena keji :p


 
Sebenarnya hubby tak tahu yang nasi saya sebelum tu tak berapa masak sebab terkurang air.hahaha.Saya kukus pulak lepas tu, tu yang jadi sedap tu.[jangan cakap dengan hubby saya yer ;p]
Nasi lemak kukus halba ni, resepi Cik Mat Gebu 

 
 Mau tak sedap[ angkat bakul] , pelengkap nasi lemak saya, saya tumis ikan tongkol, kangkung celur, telur mata telur itik, goreng bilis , kacang dan timun.

Ok dah habis cerita nasi lemak. Hari rabu lepas pulak, ofiz saya ada buat bacaan yassin sempena menyambut kehadiran Ramadhan. Malam tadi tak sempat nak dengar pengumuman puasa secara live sebab tengah mandi . Jom la kita layan mata dengan juadah yang kami telah nikmati hari tu. Lepas ni, kena kurangkan gambar makanan la kot kan , nanti korang terliur.Jangan ada yang baca entry ni pagi esok dah la.hahahaha. Esok puasa tau !


Ayam goreng berempah

 Daging salai masak lemak cili padi, terangkat btol tapi kurang masin :p

Sayur dan tauhu jepun sos tiram

 Nasi baik pelengkap rasa ada, ikan masin dan ulam-ulaman

Sudah semestinya, pencuci mulut, buah tembikai susu dan biar betik !


 
Kek yang menjadi rebutan ;p

Selamat Berpuasa yer semua ! 

p/s:

Alhamdulillah, kalau tiada aral dapat berpuasa penuh lagi tahun ni macam tahun lepas, amin..amin.. 


p/s:

Tq encik Iman untuk backlinknya :) Eyriqazz vs The Bloggers  




p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)