Wednesday, July 18, 2012

Kedai Hiasan Dalaman Rumah Murah @Kaison, KL Festival City

Ahad lepas, kitorang jalan-jalan cuci mata di KL Festival City, selepas makan tengah hari.  Long saya rekomenkan satu kedai hiasan dalaman yang menjual barangan murah macam bunga dan tumbuhan tiruan, bakul, kaca dan pasu porselin, pemegang lilin, jam, bingkai gambar, lukisan minyak, hiasan rumah, bantal dan kusyen,cadar, tirai , permaidani, kertas dinding, mainan, souvenier pun ada. Boleh kata macam-macam ada !Kat situ my Long beli bidai RM19 sahaja. Saya pun nak rembat satu lepas ni nak letak kat grill pintu dapur.Hari tu tak beli sebab tak ingat ukuran.


 
Inilah kedainya.Alamat :
S20 & S21, 2nd Floor, KL Festival City,
Danau Kota, Jalan Genting Klang, 53300, Kuala Lumpur

 Cuba tengok lukisan kat dinding tu. Dah siap frame macam tu RM30 sahaja.


 Sebenarnya saya pun rembat satu, tak menahan tengok buah oren dan limau tu.RM30.
Hubby tak sempat lagi gantungkan kat sebelah meja makan tu :) My Nuha beli puzzle cuma 90¢


Bunga-bunga plastik dia memang menarik tapi huby tak gemar pulak bunga-bunga plastik ni.Lain kali nak beli pasu bunga pulak, boleh letak fresh roses ;p berangan ! hehehe


Korang dah pernah ke masuk kedai ni ? Beli apa?

p/s:

Sandal untuk hari raya boleh dapat kat sini.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)