Tuesday, June 26, 2012

Bila si jakun, first time masuk Subway ;)

Kali ni cerita makan lagi. Nasib la, sejak menjadi perempuan mengandung ni , banyak aktiviti dipenuhi dengan agenda makan-makan saja. Sila bertabah sehingga 9 bulan kawan-kawan . Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya rasa saya tiada tanda morning sickness even evening sickness macam mengandungkan nuha dulu , so aktiviti makanan dapat berjalan seperti biasa. Kalau dulu my hubby yang muntah-muntah, dia pun tak merasai pulak pada kehamilan kali ni. Lega lah tu.Harap-harap baby membesar dengan jayanya didalam , next week kita berjumpa O & G lagi yer :)


Ok, ni nak cerita masa kat Centrepoint hari tu jugak, kitorang pergi makan Subway. First time saya dan Ad masuk sini. Niza adalah sudah pernah masuk. So meh la kita follow dia. Yang kelakar tu, bila pilih-pilih semua cakap, macam dia punya :p Macam Niza lah kiranya , Niza yang pilih dulu :) Saya rasa budak tu gelak dalam hati jer tengok gelagat kitorang.Yang pasti, mula-mula kena pilih dulu roti, dan isi dalamnya,lepas tu nak sos apa. Ada banyak pilihan sos seperti cili, mayonis, mustard dan blackpepper.



Deko yang minimalis

 Partner in crime dengan Subway masing-masing :) Penuh mulut ! hahaha


Saya order 6 inci Roti Parmesan dan Turkey + Chicken ,  RM11.50
Minute Maid Pulpy , RM3.50

Sedap jugak Subwaynya dan servis yang diberikan memang terbaik :)



Korang pernah ke masuk Subway ?

 p/s:

Eh, tadi terbaca dekat sini, esok ada promotion Subway Beli 1 Percuma 1 . Jom !


Promotion Date: 27 June 2012
Terms & Conditions:
  • No coupon is needed for this Buy 1 Free 1 promotion
  • Valid at all Subway restaurants in Malaysia
  • Valid on 27 June 2012 only


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)