Tuesday, May 15, 2012

Tampal Gigi RM10, tiba-tiba sakit pipi :p

Dari semalam lagi pipi saya sakit. Tak tahu la sebab apa. Mungkin terlebih buka mulut masa doktor tampal gigi tu.Diorang cakap mungkin nak tumbuh gigi bongsu.Dah tua-tua baru nak tumbuh gigi bongsu kata my hubby :p Actually, saya pergi tampal gigi semalam susulan saya pergi pemeriksaan gigi dan scaling hari tu. Doktor cakap boleh datang tampal bila-bila , so semalam baru pergi. Hampir 7 bulan tu :p Patutnya 6 bulan sekali kan ;p


 Klinik Kesihatan Pergigian . Dekat-dekat sejam baru dapat jumpa doktor !


Terima kasih yer doktor dibilik D2 :)

 
RM10 sahaja untuk 2 batang gigi yang ditampal, menangis tak ? hehehehe :) 
Tak dapat kat tempat lain punya :p


 Produk penjagaan gigi dan sila makan banyak buah-buahan untuk kesihatan gigi anda :p

Ni masalah gigi yang ada katanya..kemain banyak yer..

Struktur gigi kita la..apa lagi :p

Mak aihhh..banyak nyer kandungan gula dalam setiap hidangan. 

Nurse kaunter informasi yang mesra pelanggan. Tapi masa ni dah lunch,  dia dah tak der :p
Kat sini dah ada sistem nombor. Canggih ok ! :p


Tempat bayar bil tapi pukul 1 -2 dia tutup pulak. Terpaksa tunggu sampai pukul 2 baru boleh bayar .


Snap sana snap sini baru terperasan ada larangan ;p

Larangan mengambil gambar la :p Sorry laa, dah snap baru terperasan..hahahaha



Kita sudahi entry ini dengan Lunch dari KFC selepas membuat tampalan gigi, elok sangat :p


Korang pernah ke tampal gigi ? Berapa kos yang pernah korang bayar?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)