Hari ni episod jalan-jalan cari makan, bawak korang mengimbau kembali ke era penjajahan portugis . Ok, just kidding :) Nama gerai ni Ikan Bakar Portugis yang terletak di food court Giant Seksyen 13, Shah Alam. Hari yang sama me pergi renew lesen memandu tu. Maklumlah hari jumaat yang panjang kan. Boleh la makan sedap-sedap sket sebab dah naik jemu makan kat kafetaria ofiz ni.
Ni lah gerai Ikan Bakar Portugis tu.Masa kami datang tu tak ramai lagi orangnya.
Tu Puan kb baru nak pi order. Servisnya pantas jugak, 7 minit sahaja masa menunggu :)
Nasi putih dan lauk panas-panas, memang terbuka selera.
2 orang owner dia . Ker tukang bakar jer tak pulak me interview.
Tapi masa me snap pic ni diorang tegur sebab amik gambar . Malulah tu tapi mahu :p
Dia jenis jual set gitu. Me nak Ikan Pari + Lala tapi dah habis so me beli yang ni. Nasi Putih + Ikan Pari.
RM5.90
Ni Puan Kb punya . Nasi Putih + Sotong
RM5.90
Me share lauk dengan ad sebab nak rasa lala dia tu. Ad punya . Nasi Putih + Sotong + Lala
RM6.90
Ni pencuci mulut, beli kat gerai kuih depan tu jugak. 60¢ Tepung Bungkus. Dalam dia ada kelapa dengan gula merah. Yang ni kurang sket rasanya :p
Korang suka tak makan ikan bakar style gini ?
p/s:
Kalau tahu kedai ikan bakar yang jenis style rempah gini, mai habaq ceghita kat cheq no dimana yer :)
Don’t compromise anymore! With Kotex ! MakeOver USD 1,000 ok !!