Semalam baru balik dari Temerloh. Jalan-jalan cari makan sampai ke Temerloh gitu :p Sebenarnya kami sekeluarga pergi kenduri kahwin ofiz mate my Long & Kak Long. 2 hari berturut-turut gitu makan free tapi berkesempatan jugak la jalan-jalan cari makan kat area Temerloh.
Hari Sabtu bergerak dari Kuala Lumpur ke Temerloh.Lepas ajer kenduri kahwin, kami check in kat Hotel Jelai. RM128 semalam. Kami amik family room.Ada TV , heater, fridge, free Wifi & 2 twin bed. Selesa untuk tidur :)
Sebelum pergi kenduri, kami tapau dulu siap-siap Ikan Patin Gulai Tempoyak di Gerai MPT Lurah Semantan iaitu Gerai Makan Pak Usop .Patin naik harga kot , RM10 / seketul. Memang bersusun orang beratur. Kami sampai dah habis 1 kawah ikan patin. Tunggu kawah seterusnya setengah jam kemudian. Katanya, selagi tak habis satu kawah, selagi tu diorang tak masak patin baru.
Episod jalan-jalan cari makan bermula pada sebelah malam. So, misi pencarian kedai makan. Lokasi restoren bersebelahan Pasaraya Tunas Manja. Masakan ala Thai. Tapi kami tumpang panaskan Ikan Patin dan order lauk tambahan kat situ. Harga memang cekik darah. Korang tengok la sendiri yer :)
Sebelum makan :p
Ni ikan patin yang kami tumpang panaskan :)
Daging masak halia
Kailan Ikan Masin
Sotong celup tepung
Telur Dadar
Harga RM55.90 tidak termasuk patin. ( 5 nasi putih & Air Teh O 2 cawan,Air Laici 2 gelas, Nescafe tarik)
p.s:
Sila boikot kedai ini :p
Aktiviti malam hari - pasar malam & bundle :p . Sempat ke Pasaraya Baru , Mentakab Starmall , ingat dah bukak wayangnya tapi belum lagi :p
Jeans 501 RM60 sahaja sehelai @ Big E Bundle Temerloh
Aktiviti keesokan hari - Pekan Sari Temerloh .Panjang sungguh gerai yang ada. Memang banyak makanan tradisi orang temerloh boleh dijumpai disini...
Salah satunya dodol kukus .Ada tahi minyak kat atas.Dibuat dari bubur pulut hitam.
pic credit to : here
pic credit to : here
Korang pernah ke pergi Temerloh ?