Monday, March 05, 2012

Special Thai Kuali Chicken @ Shuhaida Seafood Restaurant

Sebab hari ni monday blues. Kita up dulu episod jalan-jalan di elissmie hari ni :p Layan mata, layan makanan depan mata ok ! Last me makan kat sini , masa wedding anniversary kitorang last year yang mana tomyam mereka yang kurang kick berbanding dulu tu di entry ini. Ni kitorang pergi tak silap awal bulan lepas lah sempena hari gaji tak silap :p


Deko masih seperti biasa. Nak makan dalam aircond masuk dalam. Nak hirup angin malam, makan kat luar.

 Bancau untuk me. Nescafe panas untuk my hubby.


 Me cuba lagi order Kuey teow tomyamnya . Tidak mengecewakan sangat berbanding hari tu. Boleh bagi balik bintang yang hilang hari tu :p 7/10 bintang. Agaknya hari tu tukang masak yang biasa cuti :p


Hubby lak order nasi putih dengan Special Thai Kuali Chicken. Memang terbaik rasanya. Pedas hingga berasap telinga. 9/ 10 bintang.Sesuai dengan tekak orang yang suka pedas-pedas.



My nuha pulak makan Mihun Sup with Seafood. Terbaik jugak rasa dia. Dia habis tau makan ni sorang-sorang dia.Me ada jugak try dia punya. Boleh bagi 7/10 bintang jugak.



Ni bilnya...RM33.00 termasuk air.



Venue : Shuhaida Seafood Restaurant
No 87 Jalan Snuker 13/28 Tadisma Business Park,
Seksyen 13 Shah Alam
Tel : 03-5511 3572
 
 Korang suka makan makanan ala- thai ?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)