Thursday, February 09, 2012

Pentingnya melabel kotak untuk simpanan di stor

Kali ini bertemu kembali dalam episod deko di elissmie. Hari ni tak ajar mendeko tapi nak bagitahu kat korang betapa pentingnya melabel kotak untuk simpanan di stor. Biasanya tak kesemua kotak barang dari rumah lama kita bukak kan? Ada sesetengah tu memang kotak baju-baju lama,barang-barang anak yang lama atau masa bayi dulu dan segala macam la. Dan mungkin barang-barang tu akan diperlukan lagi kemudian hari.


Sebenarnya memang me melabel semua kotak semasa berpindah tempoh hari. Tapi setelah dah kemas barang-barang yang nak digunakan, me simpan balik barang-barang yang tak diperlukan ke dalam kotak yang boleh muat bawah katil tapi ada sesetengah kotak me lupa nak label kembali. Memang sengaja beli katil di bilik tetamu jenis yang ada ruang kat bawah  sebab rumah tak der stor lah katakan .

Yang menjadi kelam kabutnya, last week cikgu taska my Nuha suh bawak 2 batang bunga telur dan pakaikan dia baju kurung untuk hari ini sempena Majlis Maulidur Rasul. Dah la baju kurung tu memang me simpan dah dalam kotak dan bunga telur lebihan kenduri adik me dulu pun me simpan dalam kotak yang lupa untuk dilabelkan. Jenuhlah mencari dua benda tu. Tapi akhirnya, jumpa jugak :) Alhamdulillah.





 p/s:

My Nuha pagi tadi dengan berbaju kurung dan 2 batang bunga telur :)


 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)